E-DAGANG
PENDAHULUAN
Di
zaman silam, maksud teknologi adalah sukar difahami oleh masyarakat pada ketika
itu dan ada antara mereka yang tidak dapat menerima perkara yang disebut
teknologi. Hingga kini, zaman berganti zaman telah menampakkan hasil pentingnya
teknologi di dalam kehidupan masyarakat.Dengan wujudnya dunia tanpa sempadan
ini, segala aktiviti kehidupan menjadi lebih mudah terutama didalam aktiviti perdagangan.Sejak
sekian lama, aktiviti jual beli perlu dilakukan secara berdepan atau lebih
lebih dikenali sebagai face to face.
Namun, melalui pantasnya penggunaan IT dan internet, proses jual beli ini mampu
menjana pendapatan yang lebih dan menjimatkan dari pelbagai sudut.
SEJARAH & EVOLUSI
E-dagang bermaksud proses
jual beli secara elektronik seperti jual beli servis dan barangan. Namun begitu
e-dagang tidak hanya merangkumi proses jual beli. Ia juga adalah proses
komunikasi, kerjasama dan penerokaan maklumat melalui sistem maya Internet.
E-dagang adalah medium atau sistem dimana memberi kelebihan kepada pemilik
perniagaan untuk berhubung dengan pelanggan secara terus. Hal ini menjadikan
masa kerja mereka lebih fleksibel dan seterusnya menjadikan urus niaga lebih
mudah kerana ia boleh dilakukan dimana-mana sahaja dengan berbekalkan aplikasi
maya perniagaan mereka dan kemudahan IT seperti telefon bimbit mudah alih
ataupun laptop.
Pembangunan
e-dagang adalah salah satu daripada perkara-perkara yang berlaku secara
perlahan-lahan dan kemudian tiba-tiba.Pada tahap yang sangat asas, istilah ini
merujuk hanya kepada mana-mana perdagangan yang berlaku secara elektronik.Ini
termasuk ATM dan transaksi kad kredit serta pengeluaran bil dan invois melalui
kaedah elektronik. Teknologi e-dagang diperkenalkan lewat tahun 1970-an dan
berkembang secara berterusan sepanjang tahun 1980-an. Sejak diperkenalkan,istilah e-dagang berubah-ubah seiring
dengan peredaran zaman. Pada awalnya, e-dagang bermaksud transaksi komersial yang
digunakan untuk menghantar dokumen seperti invois atau bil pembelian secara
elektronik.Dalam pada itu, e-dagang semakin berkembang hari demi hari
seterusnya dikenali sebagai “perdagangan melalui web”.Hal ini bermula apabila prose
jual beli mula dijalankan atas talian World Wide Web melalui server aman
(HTTPS), protokol server khusus yang menggunakan enkripsi untuk merahsiakan
data penting setiap pelanggan.
Perdagangan elektronik telah berkembang pesat dalam tempoh lima tahun
yang lalu dan diramalkan berterusan sehingga ke hari ini. Dalam masa yang sama
sempadan antara "konvensional" dan "elektronik" dagang akan
menjadi semakin kabur sebagai perniagaan yang lebih banyak menggerakkan
bahagian operasi mereka ke dalam Internet.Transaksi elektronik telah wujud
sekian lama dalam bentuk Elektronik Data Interchange atau EDI. EDI memerlukan
setiap pembekal dan pelanggan untuk menubuhkan hubungan data khusus di mana
e-dagang menyediakan kaedah yang kos efektif untuk syarikat-syarikat.
Perdagangan elektronik juga telah membawa kepada pembangunan pasar elektronik
di mana pembekal dan pelanggan-pelanggan yang berpotensi dibawa bersama-sama
untuk menjalankan perdagangan yang saling menguntungkan.
Seiring
dengan peredaran masa, pemilik perniagaan e-dagang akan melalui beberapa tahap
evolusi yang menjadikan perniagaan mereka lebih maju dan berkembang.Tahap
pertama adalah dengan menggunakan kaedah Brochurware dengan
caramenjadikan internet sebagai medium untuk mempromosi perniagaan mereka.
Umumnya, yang sering dapat kita lihat pada setiap laman web mana-mana
perniagaanadalah profil perniagaan, maklumat produk ataupun servis yang
ditawarkan, nombor telefon untuk dihubungi dan lain-lain lagi.Oleh itu,
pelanggan dengan mudah dapat melakukan pencarian untuk maklumat perniagaan
tersebut.
Pada tahap
kedua, komunikasi dua arah mungkin terjadi antara pemilik perniagaan tersebut
dan pelanggan mereka.Contohnya, kemudahan komunikasi secara terus melalui
“chatting” yang membolehkan pelanggan bersemuka secara langsung ataupun secara dengan
penjual untuk bertanyakan tentang sesuatu produk atau perkhidmatan yang ingin
dibelinya. Hal ini secara tidak langsungnya dapat mencipta hubungan interaktif
antara mereka dan seterusnya menjadikan pelanggan berasa lebih selamat dan
berpuas hati dalam melakukan proses jual beli bersama penjual.
Ketiga
adalah hubungan secara langsung dimana mekanisme penjualan produk atau
perkhidmatan yang memungkinkan pelanggan untuk berinteraksi secara eksklusif
dengan individu yang lain secara bebas. Contohnya seperti perniagaan “money
changer”. Implikasi dari mekanisme ini ialah pelanggan bekemungkinan
memperolehi harga spesifik yang mungkin berbeza dari pelanggan perusahaan yang
lain.
Sementara
itu, pada tahap keempat, keseluruhan transaksi diambil alih secara automatik
oleh komputer bagi perniagaan yang menjalankan operasi selama 24 jam tanpa
henti. Dalam pada itu, pelanggan dan penjual dapat melakukan transaksi pada
waktu tersebut juga dengan hanya mudah. Antara manfaat tahap ini adalah proses
jual beliakan dapat dilakukan pada ketika itu dengan hanya dengan menggunakan
pembayaran melalui perbankan internet, kad debit ataupun kad kredit. Aplikasi
yang agak kompleks ini menunjukkan keberhasilan pengusaha dalam menjalankan
sebuah perusahaan telah mencapai tahap perkembangan evolusi E-Dagang yang
semakin maju.
Pada tahap
seterusnya, pelanggan hanya akan menjalankan dua jenis transaksi iaitu sama ada
mekanisme pembelian produk atau perkhidmatan melalui laman web. Aktiviti
perniagaan seperti pemilihan barang atau produk melalui katalog, harga yang
ditawarkan, kaedah pembayaran dan lain-lain lagi semuanya dilakukan melalui
kemudahan yang disediakan pada laman web tersebut.
Tahap
terakhir dalam evolusi e-dagang adalah kemampuan pemilik perniagaan membentuk
database pelanggan atau pun komuniti yang terdiri daripada para pelanggan
mereka.Hubungan ini terjalin di antara pelanggan dan penjual yang saling
bekerjasama untuk mencipta nilai yang baru di internet. Hubungan antara
pelanggan dan penjual, pihak pengiklanan dan komuniti lain dapat membantu
menghasilkan pelbagai perniagaan baru yang seterusnya akan menjadikan ia satu peluang
perniagaan dapat dikembangkan.
KEPENTINGAN
E-DAGANG DALAM PERNIAGAAN
Kepentingan
atau kebaikan perniagaan dalam E-Dagang boleh dilihat dari dua sudut iaitu
melalui sudut peniaga dan pengguna. Melalui sudut peniaga atau pengeluar, boleh
dilihat pada penggunaanE-Dagang ini, kos sewaan gudang, insuran, sewaan,
kawalan serta lain-lain kos yang berkait dengan kos penyimpanan dalam transaksi
pemindahan barangan atau perkhidmatan berlaku akan dapat dihapuskan atau
dikurangkan. Justeru itu, peniaga dan pengeluar tidak perlu mengeluarkan kos
yang tinggi bagi sebarang kos yang tidak diperlukan.Selain
itu, peniaga juga dapat menjalinkan hubungan
terus dengan pelanggan tanpa melibatkan pihak ketiga dengan cepat melalui
secara talian terus (online). Maka, segala kelemahan dapat diperbaiki
dan diatasi dengan kadar segera. Ini juga akan mempercepatkan proses dalam
melakukan perubahan terhadap polisi dan strategi.
Kaedah
E-dagang ini juga memberi kelebihan kepada perubahan dari segi bentuk
pengiklanan, harga serta info lain yang akan dipamerkan di laman web mengikut
keadaan semasa tertentu dan pengeluaran sesuatu produk baru akan mudah dan
cepat dilakukan oleh pihak pengeluar dan terus sampai ke sasaran atau pengguna.
Malah melalui E-Dagang yang menggunakan internet, peluang untuk mengiklan dan
memasarkan barangan atau perkhidmatan tanpa sempadan mudah dilakukan.Sebagai
contoh website seperti Amazon, Lazada, Lelong banyak membuka ruang seperti ini
dan mendapat liputan luas kepada pengguna.Ini memudahkan kerana pengguna
sekarang mampu melayari internet di mana-mana sahaja kerana puratanya mempunyai
telefon pintar di zaman kini.
Sejurus melihat daripada sudut pengeluar, E-dagang turut sama memberi
manfaat yang baik kepada pengguna. Seperti wujudnya laman web yang
memperdagangkan pelbagai jenama mahupun barang-barang keperluan, pengguna
mempunyai kebenaran untuk melihat produk-produk
yang ditawarkan.Pengguna turut mempunyai banyak pilihan dan dapat membuat
perbandingan daripada segi harga, kualiti dan juga perkhidmatan. Dengan itu,
pelanggan dapat membuat pilihan yang tepat dan dapat memenuhi kehendak mereka
pada kadar yang lebih tinggi.Malah perdagangan ini turut dilindungi oleh
insurans mahupun tahap keselamatan yang tinggi.Selain
itu juga, pembelian melalui E-Dagang dapat
menjimatkan masa, perjalanan serta dapat menganalisis produk atau perkhidmatan
dengan tidak perlu berkunjung ke kedai atau kilang berkenaan, Pengguna hanya
sekadar membuat rayauan di internet dan seterusnya membuat pesanan jika perlu.
Pengguna
& pembeli juga dapat mengelakkan pembaziran kos-kos tambahan dan terus
membeli dengan pembekal dapat mengurangkan penglibatan orang tengah. Ketiadaan
penglibatan orang tengah pastinya akan mengurangkan kos atau komisen upah
tambah kepada mereka.Pembeli dapat membuat perbandingan harga atau perubahan
spesifikasi dengan cepat dan dapat mengelakkan daripada dieksploitasikan oleh
penjual berkait dengan “permainan” harga murah dengan mengurangkan item
pada tawaran terdahulu. Perbandingan ini dapat dilihat jika pengguna telah
menyimpan (save) atau mengetahui terlebih dahulu tawaran terdahulu.
TAHAP PENGGUNAAN E-DAGANG
DI MALAYSIA
Di era
pembangunan kini, penggunaan E-Dagang semakin berkembang di Malaysiadan terus menjadi perhatian, terutama dalam
industri yang melibatkan perdagangan, perniagaan, pelaburan, perbankan, dan
sebagainya.Kepesatan ini telah
membolehkan bank komersial tempatan memperkenalkan perbankan elektronik di Malaysia. Walaupun perbankan elektronik masih
diperingkat awal di Malaysia, namun
kemudahan ini adalah dalam proses perkembangan seiring dengan kepesatan
penggunaan E-Dagang.
Menurut
SKMM, aktiviti usahawan atau masyarakat Malaysia melibatkan
E-Dagang dalam industri. Contohnya kewangan dan perkhidmatan masing-masing
hanya meliputi 27.2% dan 19.6% dari jumlah keseluruhan aspek tinjauan
penggunaan internet. Pada tahun 2010 pula, SKMM mendapati bahawa hanya 33.6%
daripada keseluruhan responden pernah melakukan aktiviti pembelian secara
online. Walaupun begitu, penggunaan E-Dagang di Malaysia menunjukkan
peningkatan yang memberangsangkan saban tahun. Bagi tujuan tinjauan berkenaan,
sebanyak 4,925 orang pengguna internet ditemuduga dan ditanyakan pelbagai
soalan untuk mengetahui corak penggunaan internet di Malaysia dan
menyediakan data lengkap sebagai rujukan pada masa depan. Kajian juga mendapati
pengguna internet majoritinya adalah lelaki iaitu 50.2 peratus manakala
selebihnya iaitu 49.8 adalah wanita, (Berita Harian). Sementara itu, SME Corp
berkata hingga 30 April 2014 sejumlah 26,285 terminal E-Pembayaran bagi “dongle
transaksi tanpa tunai” telah digunakan ini dapat dilihat 18,206 perusahaan
kecil di Malaysia mendapat manfaatnya. Sehubungan dengan itu, perusahaan
industri-industri kecil dan sederhana adalah penyumbang kepada ekonomi negara
Malaysia ketika ini yang dirujuk daripada Banci Ekonomi 2011, sebanyak 97.3
peratus atau 645,136 daripada keseluruhan pertubuhan syarikat di Malaysia.
Melihat
kepada kesungguhan dan konsisten dalam membangunkan dan memperkembangkan ICT di
Malaysia, ianya dapat dilihat menerusi percaturan dan perancangan rancangan Malaysia ke-9
(RMK-9), sebanyak RM12.89 bilion (unit perancangan Ekonomi, 2006). Sehubungan
dengan itu, MSC merupakan projek perintis dalam menyelaraskan keseluruhan
perkembangan ICT yang telah direncanakan di seluruh negara bagi menuju ke arah
era maklumat (information age) dan menjadi negara maju
Tahun 2020.
Merujuk
kepada EIU (2010), negara Malaysia telah
menduduki tangga yang ke36 berbanding dengan tahun yang sebelumnya iaitu berada
pada kedudukan yang ke-38 berdasarkan kepada skor yang telah diberikan menerusi
kriteria yang telah ditetapkan. Dalam kajian tersebut, sebanyak 70 buah negara
telah dipilih dan dinilai berdasarkan kepada 6 kriteria utama iaitu menerima
guna pengguna dan perniagaan (consumer and business
adoption), infrastruktur penyambungan dan teknologi (connectivity and
technology infrastructure), persekitaran perniagaan (business
environment), persekitaran sosial dan budaya (social and cultural
environment), visi dan polisi kerajaan (goverment policy and
vision) dan persekitaran undang-undang (legal environment) (EUI, 2010).
CABARAN
PENGGUNAAN E-DAGANG
Di masa
kini, kita umumnya sedar bahawa akses Internet yang mahal menjadi penghalang untuk
para pelanggan dan peniaga untuk membolehkan mereka mencari maklumat melalui
internet.Para peniaga
dan pelanggan akan menghadapi masalah sekiranya kos bagi mengakses Internet
melibatkan kos yang tinggi. Selain itu
ia juga memhalang perkembangan e-dagang kerana asas utama system e-dagang
adalah Internet. Sekiranya kos bagi Internet mahal atau tinggi, ianya pastinya
akan menyukarkan banyak pihak. Masyarakat di Malaysia amat sukar menerima terus
sesebuah teknologi baru tanpa adanya bukti yang kukuh. Hasil kajian yang telah
dijalankan oleh SKMM pada 2010 mendapati, pengguna lebih gemar untuk membeli
secara langsung di kedai atau pasaraya iaitu sebanyak 66.3 peratus berbanding
membeli di Internet. Hal ini kerana rata-rata pengguna juga masih lagi berasa
kurang yakin dan bimbang terhadap tahap keselamatan system e-dagang dan
seterusnya menimbulkan perasaan kurang percaya untuk melakukan sebarang
transaksi melalui sistem tersebut.
Selain itu, risiko
keselamatan terhadap ancaman siber turut menjadi cabaran di dalam dunia
E-dagang.Seperti sedia maklum, kegiatan penipuan, pengintipan, penggodaman
sering berlaku di negara-negara maju.Kebanyakkan yang berlaku adalah melibatkan
transaksi wang. Di Malaysia sendiri, PDRM telah berjaya membanteras
kumpulan-kumpulan yang melakukan penipuan siber ini, tidak habis dengan itu,
laman-laman perbankan turut sama menjadi sasaran golongan penjenayah siber ini.
Pengguna yang melayari laman sesawang tidak mampu menyedari hakikanya mereka
telah diintip oleh sesetengah pihak dan golongan jenis ini yang mudah ditipu
dan diperdaya.Analisis menunjukkan bahawa jenayah penipuan siber ini meningkat
80 peratus dari 2012 hingga 2015. Peratusannya akan terus meningkat kerana
tahap pengetahuan pengguna sudah semakin mengenali bagaimana cara mengendalikan
teknologi terkini. Dengan ini juga, terlahirlah pelbagai virus-virus dalam
bentuk paparan laman sesawang yang mengelirukan pengguna.
Kita wajarnya tahu bahawa penggunaan e-dagang tidak hanya tertumpu kepada
penggunaan sesebuah mesin atau komputer sahaja. Malah E-Dagang melibatkan
banyak fasiliti dan infrastruktur termasuklah Internet berkelajuan tinggi. Kemudahan
asas tersebut dilihat menjadi sebab dalam menentukan perkembangan dalam penggunaan
E-Dagang. Namun, ianya terhalang sekiranyamasih lagi tidak mampu untuk memenuhi
keperluan ini.
FAKTOR-FAKTOR
PENDORONG PENGGUNAAN E-DAGANG
Terdapat
beberapa faktor yang mendorong pengguna untuk menggunakan E-Dagang yang telah dikenal pasti oleh pengkaji,
iaitu kebergunaan, mudah digunakan, pengaruh sosial, kepercayaan, kos, dan
keselamatan. Pertama adalah faktor kebergunaan dan kemudahgunaan.Mengikut
kajian Davis (1989) berhubung penggunaan teknologi baharu, iaitu
mel elektronik (e-mel) dan tahap penerimaan pengguna terhadap sistem berkenaan
dua faktor digunakan sebagai pemboleh ubah berhubung dengan Model Penerimaan
Teknologi (TAM), iaitu faktor kebergunaan (sangat penting dan berguna) dan
faktor mudah digunakan. Hasil kajian tersebut mendapati faktor kebergunaan memiliki tahap
signifikan yang kuat terhadap penggunaan sistem e-mel. Oleh yang demikian,
faktor ini mempengaruhi keinginan pengguna untuk menggunakan sesebuah teknologi
baharu (Davis, 1989; Davis, Bagozzi, & Warshaw, 1989).
Kajian oleh Chi, Grant dan Edgar (2007) juga mendapati faktor kebergunaan
memiliki hubungan yang paling kuat terhadap penerimaan perbankan Internet di
Hong Kong. Tambah beliau lagi, faktor lain seperti faktor mudah digunakan, 13
Tahap Hubungan antara Pelbagai faktor Terpilih dengan Keinginan Menggunakan
E-Dagang risiko terhadap perbankan Internet, dan kepembaharuan peribadi dalam
teknologi maklumat (IT) turut memiliki hubungan yang positif dengan menerima
guna perbankan Internet. Lee (2009) pula mengenal pasti bahawa pemboleh ubah
kebergunaan memiliki hubungan positif yang dapat mempengaruhi penggunaan
perbankan Internet di Taiwan.
Selain itu, hasil kajian mendapati bahawa faktor mudah digunakan turut
memberi kesan terhadap keinginan seseorang untuk membeli menerusi online atau
secara offline (Kloping & McKiney, 2004). Hal ini menunjukkan bahawa
seseorang pengguna akan mengenal pasti atau mencuba sesebuah aplikasi yang
disediakan sama ada ia mudah digunakan atau sebaliknya dan seterusnya
mempengaruhi seseorang pengguna untuk terus mencuba atau menggunakan sistem
tersebut atau memberhentikannya. Justeru, mudah digunakan merupakan faktor
penting yang memberi kesan secara langsung kepada pengguna sama ada mahu
membeli secara online atau sebaliknya (McCloskey, 2004).
Faktor lain yang mempengaruhi keinginan seseorang pengguna untuk
menggunakan sesebuah aplikasi yang baharu seperti e-dagang ialah faktor
pengaruh sosial. Hasil kajian oleh Fan, Saliba, Kendall, dan Newmarch (2005)
mendapati pengguna lebih suka memberi cadangan dan saranan berkaitan sesuatu
perkhidmatan yang digunakan kepada orang lain sekiranya mereka berpuas hati
terhadap perkhidmatan yang diberikan. Mereka lazimnya akan memberitahu dan
menyarankannya kepada rakan mereka yang terdekat supaya turut mencuba dan
menggunakan sistem tersebut (Fan dan rakan-rakan, 2005). Pengaruh sosial juga
memberi kesan yang lebih mendalam terhadap penerimaan pengguna terhadap sistem
m-dagang (m-commerce) (Wei, Marthandan, Chong, Ooi & Arumugam 2009). Hal
ini menunjukkan pengaruh sosial sebenarnya memiliki kesan yang lebih mendalam
terhadap penerimaan sesuatu aplikasi seperti m-commerce.
Kepercayaan turut menjadi antara faktor pendorong. Kajian oleh Jarvenpaa,
Tractinsky, dan Vitale (2000) mendapati faktor kepercayaan adalah penting dalam
hal yang berkaitan dengan risiko dan pertukaran menerusi elektronik. Ini
menunjukkan bahawa faktor kepercayaan diberi keutamaan oleh pengguna apabila
melibatkan penggunaan sesebuah aplikasi dalam sesebuah laman 14 Jurnal
Pengajian Media Malaysia / Malaysian Journal of Media Studies sesawang. Selain
itu, Cho, Kwoo, dan Lee (2007) pula mendapati bahawa faktor kepercayaan
merupakan aspek yang sangat penting dan rumit dalam suasana persekitaran
seperti e-dagang dan m-commerce berbanding dengan perdagangan secara
konvensional. Faktor kepercayaan juga merupakan faktor asas dalam
sesebuah laman web e-pembelian (Lim, Lim, & Heinrichs, 2008). Penerimaan
terhadap faktor kepercayaan yang tinggi dalam sesebuah laman sesawang
e-pembelian dapat meningkatkan tahap keyakinan pengguna. Hal ini menunjukkan
bahawa faktor kepercayaan merupakan faktor penentu sama ada pengguna sesebuah
aplikasi tersebut akan menggunakan aplikasi terbabit atau tidak.
KESIMPULAN
Kesimpulannya,
E-dagang ini banyak memberi manfaat lebih dari membawa keburukan. Pengeluar dan
pengguna sahaja yang mampu mengawal proses jual beli tersebut samada selamat
atau tidak. Ia juga mampu menjana ekonomi negara-negara yang mundur kerana
capaiannya adalah tidak terbatas walaupun di mana anda berada. Kesesuaiannya
pada zaman sekarang amat diperlukan kerana dunia bergerak begitu pantas dan
begitu juga manusia.Usahawan-usahawan kecil mampu menjana pendapatan lebih baik
dengan bantuan E-dagang kerana mudah dikenali di media sosial seperti Facebook
& Twitter.Oleh itu, E-dagang juga tidak terkecuali kepada sesiapa untuk
berjaya asalkan terdapat usaha.
RUJUKAN
Unit Perancangan
Ekonomi. 1996. Rancangan Malaysia Ketujuh 1996 - 2000. Kuala Lumpur: Percetakan
Nasional Malaysia Berhad (PNMB). Capaian pada 17 Ogos 2015 dari http://www.epu.gov.my/seventhmalaysiaplan.
Junaidah Hashim.
2008. Factors Influencing the Acceptance of Web-Based Training in Malaysia: Applying the Technology Acceptance Model.
International Jurnal of Training and Development.12(4): 253-264.
https://sites.google.com/site/norzeribgl/home/reflections
http://bloggeredagang16.blogspot.my/2016/02/kepentingan-e-dagang-dalam-perniagaan.html
http://www.ftsm.ukm.my/aj/prokomers/pic/definisi.ht