PERTANIAN 1
1.0 PENGENALAN
Sektor
pertanian di Malaysia sedang mengalami transformasi ke arah yang lebih dinamik
dan kompetitif. Sektor ini amat penting, bukan sahaja kerana ia dapat membantu
pertumbuhan ekonomi negara malahan ia dapat memberi peluang pekerjaan kepada
rakyat di negara ini khususnya. Menurut Rosmin & Katiman, 2014 mengatakan
bahawa kegiatan ekonomi seperti perniagaan, perindustrian, pertanian,
pengangkutan dan perkhidmatan boleh mempengaruhi perkembangan dan pertumbuhan
sesebuah bandar.Dalam konteks negara Malaysia, aktiviti perniagaan samada
secara formal atau tidak formal sentiasa mendapat perhatian, sokongan, dan
galakan daripada kerajaan di setiap peringkat persekutuan, negeri mahupun
tempatan. Namun begitu, aktiviti perniagaan yang berasaskan pertanian ini
memang dari awal lagi mendapat perhatian yang sepenuhnya oleh pihak kerajaan
mahupun swasta.
Hal ini kerana, sektor pertanian merupakan sektor ekonomi
utama negara sejak sekian lama dan sehingga ke hari ini iadilihat terus
relevan. Pada tahun 1957, sektor pertanian menyumbang kepada KDNK negara
sebanyak 46%. Pada zaman awal kemerdekaan, aktiviti ekonomi utama penduduk
Tanah Melayu ialah pertanian dan perlombongan. Manakala pada tahun 1966,
bilangan sumber tenaga di bidang pertanian menjangkau 80.3% ( Jabatan Perdana
Menteri, 2006 ).Bidang pertanian adalah amat luas merangkumi penternakan,
penanaman, perikanan dan industri hiliran.
Pada tahun 1984, kerajaan telah mengeluarkan Dasar
Pertanian Negara I (DPN I ) dimana ia memberi penekanan mengenai pembangunan dan
penanaman bahan komoditi. Maka, jelas disini menunjukkan bahawa kerajaan begitu
komited dalam melaksanakan perniagaan
berasaskan pertanian. Melalui DPN 1 ini, kerajaan telah membangunkan
infrastruktur yang diperlukan,
melaksanakan pembangunan in-situ untuk memulihkan tanah-tanah pertanian sedia
ada yang tidak produktif dan pembukaan tanah-tanah baru oleh agensi pembukaan
tanah seperti Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (FELDA). Pada tahun 1992 pula, Dasar
Pertanian II (DPN II) pula dilaksanakan dimana ia merupakan kesinambungan
daripada DPN I. Dalam DPN II ini, kerajaan memberi penekanan yang lebih dalam
meningkatkan produktiviti, kecekapan dan persaingan. Oleh yang demikian,
pendekatan yang diambil dalam DPN II adalah menjurus kepada penghasilan
produk pertanian yang mempunyai nilai tambah dan memenuhi keperluan pasaran.
DPN II telah memajukan industri yang berasaskan pertanian selaras dengan
strategi perindustrian yang digariskan dalam Pelan Induk Perindustrian I dan II
( Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, 2006 ).
Pertanian juga mempunyai banyak kategori yang berbeza dan
salah satunya ialah pertanian komersial dimana ia merujuk kepada aktiviti
pertanian yang berskala besar dan jumlah keluasan tanah yang diusahakan juga
luas. Pengenalan terhadap perniagaan berasaskan pertanian di negara kita ini
bermula pada awal abad ke-19 dimana melalui pelaburan modal asing oleh syarikat
perladangan Eropah. Tanaman komoditi seperti getah, nenas, teh dan kelapa
merupakan antara tanaman yang telah diperkenalkan dan berpotensi untuk memenuhi
permintaan pasaran.
Peranan industri pertanian kecil dan sederhana (IKS)
dalam pembangunan ekonomi negara cukup besar (Nurulhuda 2006). Pelbagai program
dijalankan untuk meningkatkan pembangunan industri pertanian ini yang turut
dirangka dan dilaksanakan oleh agensi kerajaan mahupun swasta dalam memastikan
perkembangan yang pesat dalam industri ini. Ia bukan sahaja bertujuan untuk
mengurangkan eksport negara tetapi untuk merealisasikan matlamat Dasar
Pertanian Negara.
2.0 KEPENTINGAN BIDANG PERTANIAN
Bidang
pertanian begitu sinonim dengan negara Malaysia. Hal ini kerana rentetan
daripada dasar-dasar yang telah diperkenalkan oleh kerajaan selepas merdeka
terutamanya Dasar Eknomi Baru. Sebelum merdeka lagi, aktiviti utama masyarakat
di Tanah Melayu adalah berasaskan pertanian seperti bercucuk tanam. Aktiviti
ini merupakan salah satu sumber pendapatan mereka disamping melakukan aktiviti
menternak binatang dan menangkap ikan. Oleh yang demikian, tidak dinafikan bahawa
tulang belakang ekonomi negara sejak sekian lama ialah dalam bidang pertanian.
Ia merupakan satu industri yang terus relevan dengan perkembangan semasa kerana
keperluan industri ini memenuhi keperluan negara dan masyarakat.
Pada awal tahun 1970, krisis makanan telah melanda dunia
kerana kuasa besar dunia iaitu Amerika Syarikat dan Rusia telah mengalami musim
kemarau yang sangat panjang sehingga menjejaskan pengeluaran bijirin
terutamanya gandum. Selain itu, Vietnam dan Bangladesh juga mengalami banjir
yang teruk sehingga merosakkan semua jenis tanaman. Krisis ini secara tidak
langsung telah membuka mata Malaysia untuk menkaji semula dasar pengeluaran
bekalan makanan terutamanya makanan ruji iaitu beras.
Oleh itu, bidang pertanian secara tidak langsung dapat
mengelakkan negara daripada menghadapi krisis makanan sekaligus amat membantu
dalam memenuhi keperluan negara untuk membekalkan makanan kepada penduduk.
Terdapat pelbagai faktor yang mendorong berlakunya krisis makanan ialah
pertambahan penduduk yang melebihi penghasilan makanan negara. Kejadian bencana
alam yang berterusan juga merupakan faktor utama krisis makanan berlaku. Ianya
berpunca apabila kawasan pertanian musnah, perebutan kawasan akan berlaku dan
kawasan yang berpotensi untuk bidang pertanian akan dibuka untuk penduduk.
Akibatnya, kawasan pertanian akan menjadi kecil dan hasil pertanian hanya
sedikit sahaja tidak mampu untuk menampung keseluruhan penduduk di kawasan
tersebut.
Pertanian SEBELUM negara mencapai kemerdekaan
Bidang pertanian juga dilihat dapat memberi tarikan
terbaru negara melalui konsep agro-pelancongan melalui kerjasama antara
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani dengan Kementerian Pelancongan. Konsep
agro-pelancongan ini telah menarik minat pelancong asing terutamanya kerana
Malaysia terkenal sebagai sebuah negara yang kaya dengan keindahan alam
semulajadinya.Terdapat pelbagai aktiviti pelancongan yang disediakan seperti
lawatan ke dusun-dusun buah-buahan dan ladang ternakan, lawatan ke pusat
penyelidikan, homestay dan lain-lain lagi.
Oleh yang demikian, kita dapat lihat bahawa pertanian di
Malaysia amat penting dan saling berkait rapat antara satu sama lain. Pelabagai
pihak perlu memainkan peranan agar perniagaan berasaskan pertanian di negara
kita sentiasa mengorak ke hadapan dalam mengharumkan nama Malaysia.
3.0 POTENSI BIDANG PERTANIAN
Bidang
pertanian berpotensi sebagai sebuah perniagaan yang menguntungkan terutamanya
kepada masyarakat dan negara ini. Hal ini kerana ia mampu memberi peluang
kepada para belia untuk memodenkan dan memajukan industri pertanian ini. Para
belia dapat mengaplikasikan ilmu dan pengetahuan yang telah mereka pelajari.
Golongan belia yang terdiri daripada graduan-graduan baru lepasan universiti
khususnya sudah pasti tidak akan melepaskan peluang untuk menceburi bidang ini
kerana dilihat mampu memberi pendapatan yang lumayan. Keadaan ini akan
mengurangkan jumlah pengangguran di negara ini dan membuka lebih banyak peluang
pekerjaan utntuk masyarakat setempat.
Pada zaman kejatuhan mata wang negara pada masa ini,
amatlah penting untuk kita mengurangkan pengimportan produk dari negara luar.
Hal ini kerana harga barangan import seperti bekalan makanan amat mahal. Oleh
yang demikian, penting untuk seluruh masyarakat bersama-sama mengerah tenaga
serta menggunakan peluang yang ada untuk menjayakan bidang pertanian ini.
Kejayaan Malaysia dalam menghasilkan produk sendiri dari bidang pertanian
membolehkan Malaysia lari daripada kebergantungan kepada produk import dan secara
tidak langsung harga barang terakhir tidak akan terikat dengan harga pasaran
dunia. Maka, bidang pertanian ini amat berpotensi untuk membantu masyarakat
membeli bekalan makanan pada harga yang rendah seterusnya dapat mengawal kadar
inflasi di negara ini.
Selain daripada itu, agensi kerajaan seperti FAMA telah
banyak membantu untuk memajukan industri pertanian ini melalui kajian-kajian
dan strategi pemasaran produk-produk pertanian. Kewujudan agensi seperti ini
amat penting kerana ia menambahkan potensi bidang pertanian untuk menjadi
sebuah cabang perniagaan yang menguntungkan. Hasil kajian dan inovasi yang
dijalankan mampun meningkatkan jangka hayat produk melalui teknologi
pembungkusan dan perlabelan yang lebih menarik dan inovatif.
Di samping itu, Kementerian Pertanian dan Industri Asas
Tani bersama-sama jabatan dan agensi kerajaan di bawahnya perlu merancang dan
melaksanakan program dan projek untuk meningkatkan potensi bidang pertanian.Ia
mampu membawa kepada pengeluaran makanan dan memajukan kumpulan sasaran iaitu
para petani dan pengusahanya. Oleh yang demikian, pihak kerajaan perlu
meletakkan pegawai yang mencukupi bagi membolehkan program dan projek pertanian
dapat dipantau dan dijalankan dengan baik. Mereka perlu diletakkan di setiap
peringkat daerah dan negeri mengikut kesesuaian dengan bilangan petani yang
ada. Secara tidak langsung, hasil pertanian dapat dikekalkan dalam potensi yang
baik jika ketua-ketua jabatan dapat menyusun atur strukutur organisasi mereka
dengan baik.
Pertanian SEBELUM negara mencapai kemerdekaan
4.0 CABARAN / HALANGAN
Bidang
perniagaan yang berasaskan kepada pertanian ini sangat berpotensi untuk menjadi
sebuah perniagaan yang menguntungkan dan memberi pulangan yang lumayan kepada
pengusaha, pelabur dan negara amnya. Walaubagaimanapun, seperti mana cabang
dalam bidang perniagaan yang lain, bidang pertanian ini juga mempunyai pelbagai
cabaran dan halangan yang perlu dihadapi untuk menjadi sebuah perniagan yang
maju. Kekurangan modal merupakan perkara yang paling utama dapat dilihat dimana
mereka tidak mempunyai peruntukan yang cukup bagi memulakan perniagaan yang
berasakan pertanian ini. Kesukaran dalam mendapatkan modal yang besar untuk
membeli peralatan teknologi yang serba canggih akan menyebabkan mereka akan
tinggal jauh ke belakang. Hal ini kerana kebanyakkan golongan belia tinggal di kawasan kampung dan pedalaman.
Justeru itu, pendedahan mengenai ilmu perniagaan kepada mereka juga kurang.
Di samping itu, sokongan kewangan yang berterusan adalah
perlu walaupaun kerajaan ada menyediakan subsidi untuk pembelian baja. Namun,
mereka perlu membeli peralatan pertanian yang lain seperti racun serangga,
racun rumpai dan benih yang berkualiti. Masalah ini sering timbul terhadap
mereka yang hanya menjalankan perniagaan pertanian secara kecil-kecilan kerana
kerajaan hanya memberi tumpuan lebih kepada perniagaan yang berskala besar dan
menguntungkan. Oleh yang demikian, golongan remaja ini tidak berani untuk
mengambil risiko dalam menceburi bidang ini.
Selain daripada itu, masalah tanah
juga merupakan salah satu cabaran dalam membantu untuk meningkatkan perniagan
yang berasaskan pertanian ini. Hal ini adalah kerana, tanah merupakan faktor
pengeluaran yang tidak boleh diubah kerana ianya terhad mengikut keluasan dan
keadaan muka bumi yang sedia ada. Berbeza pula dengan faktor pengeluaran lain
seperti modal dan buruh dimana ia boleh ditambah serta ditukar ganti mengikut
keadaan semasa. Masalah sewa tanah juga turut menjadi halangan disebabkan oleh
harga tanah yang tinggi. Keadaan ini menyebabkan mereka tidak dapat membesarkan
kawasan pertanian kerana hasil yang diperolehi tidak menguntungkan.
Di samping itu, keadaan persekitaran
tanah yang terdedah dengaan pencemaran akan menyebabkan tanah menjadi tidak
subur. Secara tidak langsung akan menyebabkan hasil yang diperolehi tidak
setimpal dengan modal yang dikeluarkan. Jika mereka mengambil inisiatif untuk
membaikpulih tanah tersebut sebelum memulakan aktiviti menanam, mereka perlu
mengambil kira kos untuk membaik pulih tanah tersebut yang terlalu tinggi.
Justeru itu, kekurangan tanah ini menyebabkan golongan belia khususnya tidak
mahu melibatkan diri dalam bidang pertanian ini.
Selain daripada itu, halangan
daripada manusia, alam sekitar dan fizikal juga merupaka salah satu cabaran
yang perlu dihadapi oleh mereka yang ingin menceburi bidang ini. Halangan dari
alam sekitar berlaku apabila keadaan dan perubahan cuaca yang tidak menentu,
perubahan suhu, dan pencemaran air yang akan membantutkan hasil pengeluaran
yang tidak berkualiti dan tidak bermutu tinggi. Serangan pelbagai penyakit
keatas tumbuhan juga akan menyebabkan pengeluaran sejumlah wang dan masa yang
banyak untuk mengatasi masakah ini. Sebagai contohnya adalah tanaman pokok
pisang dimana telah diserang penyakit layu bakteria atau dipanggil penyakit
Moko. Buah pisang yang terkena penyakit ini akan rosak secara keseluruhannya dan
akan menyebabkan kerugian yang besar kepada pengusaha tersebut. Manakala, dari aspek manusia pula, kurangnya
tenaga kerja yang diperlukan untuk mengusahakan ladang-ladang yang berskala
besar dan hanya bergantung kepada alatan teknologi sahaja. Keadaan ini akan
menyukarkan lagi kerja-kerja pertanian kerana tenaga kerja yang ramai memang
diperlukan dalam bidang ini. Dari aspek fizikal pula, keadaan bentuk muka bumi
yang tidak sesuai akan menyebabkan proses pengeluaran hasil tidak
memberangsangkan.
Kekurangan benih juga merupakan
salah satu cabaran dan halangan dalam membantu meningkatkan perniagaan
berasaskan pertanian. Kebanyakkan anak benih di import khas dari negara luar.
Kos yang terlibat jugak agak besar kerana bidang pertanian di Malaysia semakin
membangun dan memerlukan anak benih dalam kuantiti yang banyak. Justeru itu,
kerajaan terpaksa mengeluarkan belanja yang lain jika bajet telah diperuntukkan
dalam bidang pertanian sudah habis digunakan.
Selain daripada itu, golongan belia
juga kurang berminat dalam bidang pertanian ini kerana beranggapan bahawa pertanian
merupakan satu kerja yang berat. Jika dilihat kebanyakan petani-petani dan
pemilik ladang terdiri daripada mereka yang berusia dalam lingkungan 50-an.
Generasi muda, golongan belia khusunya memang tidak meminati dan menolak jika
diberi peluang untuk mengusahakan perniagaan yang berasaskan pertanian ini.
Mereka lebih suka berhijrah ke bandar dan mencari peluang pekerjaan disana
daripada mencari sumber pendapatan daripada hasil bumi. Kebanyakkan belia
terutama graduan universiti tidak berminat mencebur diri dalam bidang pertanian
(Abdul Malik & Mohaini 1992; Aliasak et.al 1993; Ahmad 1993; Nurulhuda
2006).
Ketidakstabilan harga kerap kali berkaitan
dengan penawaran dan permintaan semasa yang tidak menentu. Jika dilihat dari
aspek ekonomi, semakin tinggi permintaan, semakin tinggi penawaran diberikan.
Keadaan ini bergantung kepada keadaan samaada semasa musim perayaan, perubahan
pendapatan dan persekitaran. Sebagai contohnya, daun palas mendapat banyak
permintaan menjelang perayaan. Oleh yang demikian, permintaan yang tinggi
daripada pengguna dan petani perlu menyediakan penawaran mengikut permintaan.
5.0 SOKONGAN DAN BANTUAN
KERAJAAN
Kerajaan
banyak memberi sokongan, dorongan, galakan serta bantuan kepada mereka yang
menceburi dalam bidang pertanian ini. Dengan penubuhan pelbagai agensi kerajaan
menerusi Rancangan Malaysia Pertama, ia merupakan usaha yang dilakukan oleh
kerajaan Tanah Melayu untuk memperbaiki taraf hidup serta menghapuskan jurang
perbezaan antara masyarakat bandar dan luar bandar.
Sehingga perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru ( DEB ),
pelbagai agensi telah ditubuhkan bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi
negara melalui sektor pertanian iaitu Lembaga Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan
Getah (RISDA) yang ditubuhkan untuk membantu para pekebun kecil getah, Lembaga
Penyatuan dan Pemulihan Tanah Persekutuan (FELCRA) yang ditugaskan untuk
menyatukan serta memulihkan tanah-tanah tidak produktif agar dapat diusahakan secara
komersial, Penyelidikan Pertanian Malaysia (MARDI) yang berperanan dalam
pembangunan penyelidikan dalam bidang pertanian, Institut Penyelidikan Minyak
Sawit Malaysia (PORIM), dan Padiberas Nasional Berhad (BERNAS) yang
bertanggungjawab untuk memantau dan membantu meningkatkan pengeluaran padi
bermutu dalam negara.
Selain daripada itu, dengan adanya tanah hutan yang belum
diteroka lagi, maka kerajaan menubuhkan Lembaga Kemjuan Tanah Persekutuan
(FELDA) yang diberi tugas untuk membuka tanah-tanah baru bagi tanaman komoditi
berpotensi secara ladang. Manakala, bagi memasarkan hasil pertanian, kerajaan
telah menubuhkan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga
Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) yang ditugaskan untuk memajukan sektor perikanan.
Justeru itu, disini jelas membuktikan bahawa keperihatinan dan langkah-langkah
konkrit yang diambil oleh kerajaan untuk memperkenalkan hala tuju dan cara baru
pengurusan negara agar berpotensi dalam menghasilkan pengeluaran yang besar
diamping dapat meningkat pendapatan mereka.
Oleh yang demikian, dengan adanya
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, komitmen yang ditunjukan oleh
kerajaan untuk menjadikan pertanian sebagi satu industri dan satu perniagaan
yang menguntungkan akhirnya mencapai kejayaan hasil daripada kesinambungan
daripada DEB. Lonjakan perdana yang kini diusahakan oleh kerajaan ialah
menggali potensi kawasan utara Semenanjung melalui Wilayah Ekonomi Koridor
Utara dengan pengisytiharan Perlis sebagai Pusat Benih Negara.
Pertanian SELEPAS negara mencapai kemerdekaan
Kerajaan sedar usaha memperkasakan
usahawan tani ini harus melibatkan golongan belia terutamanya yang
berpendidikan bagi mengubah persepsi dan mentaliti belia terhadap bidang
pertanian. Sektor pertanian ini perlu seiring dengan sektor lain yang
memerlukan tenaga mahir, berkepakaran dan berpendidikan. Oleh yang demikian,
suatu transformasi perlu dilakukan bagi memupuk minat dan mengubah persepsi
belia terhadap bidang pertanian (Jabatan Perana Menteri, 2006). Hal ini kerana,
golongan ini mempunyai idealisme yang tinggi, berfikiran matang dan kumpulan
sasaran yang paling berpotensi untuk dibangunkan dimana mampu untuk
merealisasikan impian kerajaan dalam membangunkan perniagaan berasaskan
pertanian.Kerajaan berhasrat agar ramai golongan belia dapat menceburi dalam
bidang pertanian secara sepenuh masa dan menjadi seorang usahawan tani yang
berjaya.Tanggapan bahawa pertanian adalah usaha tradisional, tidak
menguntungkan, kerja kampung, kotor dan tidak berpotensi perlu dikikis selaras
dengan tahap kematangan dan pendidikan yang dimiliki oleh golongan belia masa
kini (Aidit & Husnizam, 2005).
Pada
masa kini, bidang pertanian ini dilihat semakin rancak apabila mantan Perdana
Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi pernah mengisytiharkan
Malaysia sebagai hub halal serantau dan global. Maka pengeluaran makanan halal
merupakan sektor yang paling berpotensi untuk dikembangkan.Sejajar dengan
komitmen tersebut, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mendapat
suntikan dan semangat baru bagi merancakkan kembali industri asas tani sebagai
sektor ekonomi mapan, dan berdaya saing serta berpotensi untuk meningkatkan
taraf hidup dan menjana ekonomi. Faktor utama yang menentukan kejayaan dalam
usaha memodenkan bidang pertanian sebaagai satu perniagaan ialah produktiviti,
keberkesanan kos dan keupayaan,mendapatkan pasaran (Kementerian Pertanian dan
Industri Asas Tani, 2006).
Pertanian SELEPAS negara mencapai kemerdekaan
Di
samping itu juga, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melalui langkah
yang proaktif telah melancarkan Skim Usahawan Belia Tani dengan mengusahakan
projek Tanaman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM). Mereka yang terlibat akan
dihantar untuk berkursus di Jepun bagi mempelajari selok belok pertanian moden.
Projek ini mendapat kerjasama daripada Kerajaan Negeri yang bermatlamat untuk
mewujudkan usahawan tani yang berjaya menghasilkan produk pertanian dalam skala
besar dan memperoleh pendapatan bersih sekurang-kurangnya RM 3,000 sebulan.
Selain
daripada itu, Kementerian Belia dan Sukan juga telah mewujudkan Skim Belia Tani
dengan melantik Bank Pertanian Malaysia sebagai pengurus dana yang akan
disalurkan bagi modal pusingan untuk menjayakan skim ini. Skim ini secara tidak
langsung dapat membantu golongan belia dalam memulakan usaha perniagaan yang
berasaskan pertanian. Sebanyak RM 20 juta telah diperuntukkan untuk menggalakan
golongan belia menjadi usahawan tani.
Pertanian SELEPAS negara mencapai kemerdekaan
Oleh
yang demikian, kerajaan melalui agensi yang telah ditubuhkan benar-benar
menunjukkan kesungguhan untuk membuka peluang kepada lepasan IPT menceburi
bidang pertanian. Pelbagai usaha telah dilakukan oleh kerajaan seperti skim
pertanian berkelompok dan projek tanaman Pokok Naga dalam usaha memberi
sokongan serta bantuan kepada mereka.
6.0 KESIMPULAN
Oleh
yang demikian, kerajaan dilihat perlu memainkan peranan yang paling panting
dalam mendorong golongan belia menceburi bidang perniagaan yang berasaskan
pertanian ini walaupun mereka mempunyai diploma dan ijazah dalam bidang yang
berbeza. Terdapat pelbagai inisiatif yang boleh diambil oleh kerajaan bagi
mengubah persepi belia antaranya ialah memberi sokongan penuh kepada mereka
dengan pelbagai cara seperti bantuan modal, penyediaan tapak, khidmat
pemasaran, khidmat teknikal dan khidmat lepas jualan. Dengan adanya sokongan
sebegini, secara tidak langsung akan menarik minat mereka untuk menceburi
bidang ini.
Selain daripada itu, langkah kerajaan menghantar peserta projek
untuk mempelajari teknik-teknik pertanian baru di dalam dan luar negara.
Penggunaan aplikasi moden yang lebih mudah dan menjimatkan masa serta
pengenalan benih bermutu tinggi yang dapat mengeluarkan hasil dalam tempoh yang
singkat. Inisiatif yang diambil ini dapat menambahkan lagi minat dan
kecenderungan golonganbelia untuk turut serta dalam menceburi sektor pertanian
ini.
Di samping itu juga, akibat
kesukaran dalam mendapatkan pekerjaan dan persaingan yang hebat dalam merebut
jawatan di sektor awam dan swasta, persepsi belia lepasan Institut Pengajian
Tinggi (IPT) tentang bidang pertanian sedikit demi sedikit mulai berubah
ditambah pula setelah melihat kejayaan usahawan tani yang berjaya dan
memperoleh pendapatan yang lumayan. Pada hari ini, golongan belia yang
berpendidikan juga lebih bersikap terbuka dan melihat potensi yang terbuka luas
untuk mereka menceburi bidang pertanian ini. Mereka tidak boleh bergantung
kepada kerajaan untuk makan gaji semata-mata kerana peluang pekerjaan pada masa
kini sangat terhad. Justeru itu, mereka perlu mengambil keputusan untuk keluar
daripada kepompong lama untuk menjadi usahawan berjaya.
Kerajaan juga perlu menyediakan
kemudahaninternet di kawasan kampung atau pedalaman bagi memudahkan mereka
dapat mengakses maklumat hanya dihujung jari. Kemudahan yang disediakan ini
akan membolehkan golongan belia mendapat maklumat terkini tentang kemajuan
pertanian di negara-negara lain, dan profil usahawan tani di serata dunia
supaya golongan belia ini dapat membuka mata bahawa betapa beruntungnya jika
mereka dapat menceburi bidang ini.
Keenganan belia untuk menceburi
bidang pertanian ini apabila mereka melihat kegagalan generasi sebelum mereka
yang mengusahakan bidang pertanian ini yang berpunca daripada kelemahan
strategi pemasaran, ketiadaan khidmat pengangkutan, dan bantuan teknikal
sehingga tanaman yang telah dituai gagal dipasarkan. Oleh yang demikian,
kerajaan telah memainkan peranan dengan ,menubuhkanLembaga Pemasaran Pertanian
Persekutuan (FAMA) bagi menangkis persepsi golongan belia ini. Pandangan mereka
telah berubah apabila melihat kesungguhan kerajaan melalui agensinya
sepertimana projek TKPM di Hulu Tiram yang menyediakan khidmat pemasaran
pengangkutan dan bantuan teknikal seperti khidmat nasihat, racun, baja,serta
pelbagai lagi bantuan yang membolehkan kerja-kerja dapat dijalankan dengan
teratur disamping dapat meringankan beban petani.
Selain daripada itu, media massa
juga perlu memainkan peranan dengan menyebarkan maklumat tentang pertanian
samada melalui media elektronik, media cetak,atau portal maya supaya dapat
menimbulkan kesedaran kepada mereka bahawa betapa baiknya perniagaan yang
berasaskan pertanian ini. Pelancaran Wilayah Pembangunan Koridor Utara (NCER) telah meningkatkan kesedaran belia
tentang kepentingan dan keutamaan sektor pertanian sebagai peluang perniagaan
baru yang perlu diceburi.
Keluarga dan masyarakat juga
merupakan tonggak utama dan dua entiti yang berpengaruh dalam pengambilan
keputusan oleh seseorang individu. Mengikut perubahan masa dan peluang
pekerjaan pada masa kini, ibu bapa tidak lagi mengahalng anak-anak mereka
lepasan IPT menceburi bidang pertanian ini. Mereka tidak lagi memandang rendah
kepada belia tani sebaliknya merghormati keputusan mereka malah turut
memberikan sokongan dan bantuan terutamanya dari aspek kewangan.
Justeru itu, jelas menunjukkan
bahawa perniagaan berasaskan pertanian di Malaysia sangat baik. Keadaan ini dapat
menarik lebih ramai lagi golongan belia dalam menceburi bidang ini. Sokongandari
semua pihak amat diperlukan sebagai pemangkin kepada mereka untuk berjaya.
Hasrat kerajaan untuk memajukan, membangunkan dan memodenkan industri pertanian
ini sedikit sebanyak akan tercapai dengan penglibatan semua pihak samada
golongan belia mahupun golongan tua. Oleh yang demikian, dengan adanya sokongan
pelbagai pihak, perniagaan yang berasaskan pertanian di Malaysia dapat mengorak
langkah lebih jauh lagi sejajar dengan negara maju yang lain.
RUJUKAN
Abdul Malik Ismail, 1998. Transformasi ekonomi : Masalah Dan
Kesan Terhadap Sektor Pertanian. Dlm Reformasi Pertanian Malaysia ke Arah Wawasan
2020.
Muhd Rashid Bin Rajuddin & Mohd Dzulfadli Bin Mohamad
Saleh (2010), Tahap
Keberkesanan Usaha-usaha Yang Dijalankan Oleh Penduduk Kampung
Segamat, Johor Bagi Meningkatkan Sumber Pendapatan Mereka Melalui Bidang Pertanian,
Fakulti Pendidikan.
Nik Yahaya Ab.
Rahman 2002. Transformasi pertanian melalui teknologi.
Berita Harian( 11Oktober )
Nurul Huda Che Abdullah, Ramlee Mustapha. Kajian Kes Usahawan
Tani Industri
Kecil Sederhana (IKS) Bumiputera di Negeri Terengganu:
Jurnal Pendidikan Malaysia 34(2)(2009):143-165
Portal Rasmi MARA 2016, http:smecorp.gov.my/index.php/en
Rosnani Abdul Aziz,1998. Kajian mengenai prestasi peniaga-peniaga
kecil Bumiputera di Kota Bharu, Kelantan.
Latihan Ilmiah. Universiti Putra Malaysia.
Zaidatol Akmaliah Lope Pihie & Habibah Alias, 1997.
Keusahawanan dan Motivasi
Diri. Serdang: Penerbit Universiti Utara Malaysia.