PELANCONGAN MALAYSIA
1.0 PENGENALAN
Perindustrian adalah bermaksud penghasilan suatu barang ataupun
perkhidmatan dan adalah merupakan aktiviti ekonomi yang memproses bahan mentah
menjadi barangan siap atau menyediakan perkhidmatan. Sektor perindustrian
adalah dianggap sebagai penggerak utama pembangunan dikebanyakan negara yang
membangun, terutamanya dari segi daya pengeluaran dan daya keupayaan penyerapan
tenaga buruh. Oleh itu, jika dilihat daripada zaman sebelum merdeka sehinggalah
sekarang ini, sektor perindustrian ini telah mencatat sumbangan yang besar
dalam peneraju ekonomi negara.
Di dalam proses untuk memajukan
negara, tunggak kempimpinan negara telah mengambil langkah yang berwibawa
dengan membawa kemajuan dan transformasi dalam sektor ini. Ini adalah merupakan
suatu inisiatif yang bijak daripada pihak kerajaan dimana ianya telah memandang
penting kepada kenyataan “Pembangunan ekonomi di kebanyakan negara maju adalah
berasaskan kepada sektor perindustrian”. Hal ini telah menjadikan sektor
perindustrian di negara ini di antara sektor terpenting dalam menyumbang
kemajuan negara. Sektor perkhidmatan pula terdiri daipada pelbagai subsektor
yang sebahagiannya boleh diperdangangkan termasuklah industry pelancongan.
Pelancongan adalah bermaksud,
pergerakan sementara manusia ke destinasi lain di luar tempat kerja dan tepat
tinggalnya yang biasa dan kegiatan yang dilakukan selama tinggal di destinasi
tersebut dan kemudahan yang disediakan untuk memenuhi keperluan mereka.
Pelancongan adalah dianggap sebagai satu kemewahan, ini kerana hanya segelintir
orang yang mempunyai masa dan wang sahaja mampu untuk melancong. Waktu senggang
yang banyak, ekonomi yang semakin baik dan kemudahan pengangkutan yang
sempurna, telah bergabung untuk membolehkan lebih banyak orang ergi melancong.
(Mathhieson dan Wall, 1991).
Di dalam konteks dunia hari ini,
pelancongan adalah merupakan salah satu kegiatan ekonomi dan sosial yang sangat
penting. Jumlah pelancong dalam negeri dan antarabangsa semakin hari semakin meningkat
malah, beberapa buah negara di dunia kini telah menjadikan sektor pelancongan
sabagai sebuah sektor utama yang menjana pendapatan negara (Inskeep, 1996).
Pelancongan juga adalah merupakan sebuah sektor yang melibatkan peranan yang
saling berkait antara pihak kerajaan, bukan kerajaan dan juga orang awam (Salah
Wahab dan Cooper, 2003).
Selain itu, dari segi aspek sejarah,
pelancongan telah bermula sejak kira-kira 5000 tahun yang lalu selaras dengan
perembangan pertanian itensif, kota, kapal laut dan wang sebagai medium
pertukaran. Perjalanan ini lazimnya didorong oleh perdagangan, ketenteraan dan
pentadbiran kerajaan dari empayar besar seperti Sumeria, Yunani, Mesir, Parsi
dan Rom di rantau Mediterranean dan Timur Tengah. Apabila empayar berkembang, orang
Rom khususnya telah membina sistem jalan raya yang lebar dan telah dibina
dengan baik untuk menyediakan perhubungan pentadbiran dan perdagangan dari
seluruh empayar dari Tembok Hadrian di Britain hingga ke Euphrates di Timur
Tengah. Rumah tumpangan juga telah didirikan di setiap 30 batu di sepanjang
jalan dan terdapat beberapa buah hotel di kebanyakan bandar. Rumah tumpangan
ini dikaitkan dengan piktograf yang menunjukkan status kemudahan dan
perkhidmatan (Inskeep, 1996)
Dalam konteks Malaysia, pelancongan
terus menjadi sumber utama tukaran wang asing yang menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi, pelaburan dan guna tenaga. Kedatangan pelancong berjumlah
16.4 juta pada tahun 2005 telah menyumbang sebanyak RM18.1 bilion kepada
pendapatan negara (Malaysia, 2006). Perkembangan sektor pelancongan di Malaysia
telah dipengaruhi oleh perubahan yang besar dan potensi industri pelancongan pada
masa hadapan. Memandangkan industri pelancongan kini adalah merupakan satu
pemangkin kepada pendapatan negara, maka pendekatan yang bersepadu dilaksanakan
dalam perancangan dan perlaksanaan industry pelancongan secara mampan
(Nurulashila, 2006).
Oxford English Dictionary mendefinasikan bahawa pelancongan adalah orang
yang membuat lawatan atau kunjungan pada masa kelapangan (Honey, 1999). Di
Malaysia, industri pelancongan mula muncul pada akhir tahun 1960. Industri
pelancongan tidak dianggap sebagai aktiviti ekonomi yang utama sehinggalah ke
tahun 1970 kerana, pada masa itu, sumbangan komoditi utama adalah seperti getah
dan biji timah yang dianggap jauh lebih penting. Pada tahun 1970, kerajaan
Malaysia mula membangunkan industri pelancongan untuk memenuhi beberapa
objektif seperti peningkatan pendapatan dalam pertukaran mata wang asing,
meningkatkan peluang pekerjaan dan pendapatan, menggalakkan pembangunan
kawasan, mempelbagaikan ekonomi dan juga meningkatkan hasil kerajaan.
Kini, Malaysia telah diiktiraf di peringkat global sebagai di antara
salah satu destinasi pelancongan utama dalam dunia dengan kedudukan di antara
10 teratas dari segi ketibaan pelancong dan 15 antara teratas dari segi
penerimaan gobal. Industri pelancongan juga adalah merupakan penyumbang yang
penting kepada ekonomi negara. Industri pelancongan juga menajdi suatu bidang
pelaburan yang baik dan bijak di mana dapat memacu pertumbuhan industri-industri
berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan
mega Malaysia menuju negara maju dalam abad ini.
Pelancongan juga adalah merujuk kepada pelancongan libur dan pelancongan
perniagaanm dan ianya merangkumi subsektor seperti penginapan, membeli belah,
produk pelanocngan (ekopelancongan, pelancongan kapal persiaran dan aktiviti
lain yang berkaitan seperti spa dan kesejahteraan), makanan dan minuman serta
pengangkutan dalam negeri (inbound) dan pengangkutan domestik.
Negara Malaysia juga mempunyai kedudukan permulaan yang kukuh untuk
menaikkan namanya untuk menjadi destinasi pelancongan yang utama. Industri
pelancongan sudah sememangnya besar, dan telahpun berkembang secara tekal
dengan pantas untuk tempoh 10 tahun yang lalu dan ianya juga mempunyai
kedudukan yang berdaya saing secara global dan kukuh. Asas yang kukuh ini dapat
dimanfaatkan unutk meningkatkan sumbangan sektor pelancongan kepada ekonomi
negara.
2.0 TAHAP
INDUSTRI PELANCONGAN DI MALAYSIA
Ketika zaman pasca kemerdekaan
negara Malaysia, industri pelancongan adalah kurang diberi perhatian atau
penekanan oleh pihak kerajaan kerana pada masa tersebut, pihak kerajaan lebih
menumpukan kepada pembangunan infrastruktur serta kestabilan negara. Oleh itu,
kerajaan ebih menumpukan kepada sektor hasil bumi seperti bijih timah dan getah
yang telah menjadi hasil utama pada ketika itu dan pihak kerajaan tidak sedar
akan peranan industri pelancongan juga akan membawa kepada perkembangan ekonomi
di sesebuah negara. Walaubagaimanapun, industri pelancongan di Malaysia telah
mula dilihat mengalmai perkembangan yang positif bermula pada era tahun 70-an
dengan wujudnya Penubuhan Perbadanan Pelancongan Malaysia (TDC) pada Ogos 1972,
Dasar Ekonomi Baru (DEB), dan Persidangan Kesatuan Pelancongan Kawasan Pasifik
(PATA) di Kuala Lumpur.
Setelah itu, sektor pelancongan
negara Malaysia dilihat semakin berkembang pada awal tahun 80-an di mana ketika
ini negara telahpun aman daripada ancaman komunis dan juga ancaman luar. Maka
dengan itu, pada tahun 1987, Kementerian Kebudayaan dan Pelancongan telah
ditubuhkan dan pada tahun 1990, kerajaan telah menaiktaraf kementerian tersebut
kepada Kementerian Kebudaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia. Dengan
penubuhan kementerian tersebut, ianya telah merancakkan lagi pembangunan
industri pelancongan negara (Azizan Marzuki, 2010).
Kejayaan pembangunan dalam industri
pelancongan ini dapat dilihat melalui kejayaan Tahun Melawat Malaysia 1990, di
mana sumbangan sektor ini kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) terus
meningkat. Malahan sumbangannya masih terus meningkat lagi selepas kegawatan
ekonomi pada tahun 1997 dan 1998 dengan cara menggalakkan aliran masuk wang ke
dalam negara dan mengurangkan aliran keluar matawang negara dan seterusnya
memulihkan krisis ekonomi negara. Pada masa kini juga kerajaan telah mengambil
inisiatif dalam mempertingkatkan kemudahan-kemudahan asas seperti menaiktaraf
jeti, menaiktaraf Lapangan Terbang Kuala Lumpur dan Lapangan Terbang
Antarabangsa Langkawi bagi menampung kemasukan pelancong asing yang kian
bertambah.
Industri pelanconfan juga adalah
merupakan industri perkhidmatan utama yang semakin berkembang maju dan
mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan
nama Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong
(termasuk pelancong domestik) telah berkunjung ke Malaysia dan telah
menghasilkan pendapatan negara sebanyak RM20 bilion termasuk RM17 bilion
daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut telah
melebihi jangkaan sebanyak 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke
Malaysia. Malaysia juga adalah merupakan negara ketiga yang paling ramai
menerima pelancong di Asia Timur selepas negara China dan Hong Kong.
Negara Malaysia juga adalah
merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia
dan bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa, malah dapat menawan warga
tempatan. Industri pelancongan telah menjadi suatu bidang pelaburan yang sangat
baik bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri yang berkaitan yang
lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia
menuju negara maju dalam abad ini. Potensi industri pelancongan ini menunjukkan
ianya boleh menjadi sebagai penjana ekonomi baru negara dan ianya hanya dapat
direalisasikan jika usaha-usaha untuk memajukan dan membangunkan industri ini
diberi penekanan sewajarnya. Isu-isu seperti pelancongan eko, alam sekitar,
visa, kemudahan lapangan terbang, kebersihan persekitaran, sistem pengangkutan
dan keselamatan pelancong semuanya menyumbang secara positif dan negatif kepada
jumlah pelancong yang melawat Malaysia.
3.0 RUJUKAN
KEPENTINGAN DAN SUMBANGAN INDUSTRI PELANCONGAN TERHADAP PEBANGUNAN EKONOMI
NEGARA
Seperti yang kita sedia maklum,
industri pelancongan adalah merupakan di antara penyumbang terbesar terhadap
pembangunan ekonomi negara sama ada secara langsung mahupun tidak langsung.
Menerusi sumbangan secara langsung, industry pelancongan dilaporkan telah
menjana pendapatan pelancong sebanyak RM72 bilion pada tahun 2014, dan
sterusnya meletakkan Malaysia di tangga ke-13 dari segi pendapatan pelancongan
antarabangsa dan tangga ke-12 dari segi ketibaan pelancong antarabangsa menurut
laporan United Nation World Tourism Organization, UNWTO (Saeril, 2015).
Selain dari itu, kepentingan
industry pelancongan terhadap pembangunan ekonomi negara boleh dilihat menerusi
penekanan yang ditunjukkan oleh kerajaan terhadap sektor pelancongan sejak awal
kemerdekaan lagi. Sektor pelancongan juga mempunyai ‘platform’ khusus di dalam
Program Transformasi Negara yang digerakkan oleh Pelan Transformasi Pelancongan
Malaysia. Pelan ini telah mensasarkan sejumlah 36 juta pelancong iaitu sebanyak
RM168 bilion pendapatan pelancongan menjelang tahun 2020. Sektor pelancongan
ini juga telah memberi sumbangan ketara ekonomi negara sejak pengenalan Program
Transformasi Negara (NTP) apabila sektor ini muncul sebagai penyumbang keenam
terbesar kepada ekonomi negara dan sumbangan sejumlah RM161 bilion atau 14.9
peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun 2014. Sektor pelancongan
juga adalah secara langsung dapat memberi manfaat kepada rakyat Malaysia pada
tahun 2014 dengan menarik pelaburan sebanyak RM19.4 bilion serta mewujudkan
sejumlah 1.77 juta peluang pekerjaan. Pada tahu 2015, sektor pelancongan terus
menunjukkan peningkatan dengan menjadi penyumbang Pendapatan Negara Kasar (PNK)
ketiga tertinggi negara walaupun jumlah ketibaan pelancong menunjukkan
kemerosotan. (Editor, 2016).
Pada masa kini, industri pelancongan
adalah dilihat sebagai industri pemangkin kepada perkembangan sektor-sektor
lain yang berkaitan kerana pelaburan yang dibuat bagi membangunkan industri ini
juga sebenarnya menyumbang kepada pembangunan infrastruktur dan perkhidmatan dalam
negara. Malah, industri pelancongan juga dapat mewujudkan banyak
peluang-peluang pekerjaan kepada rakyat dalam negara ini. Pada tahun 2014,
industri pelancongan dilaporkan telah berjaya mewujudkan sebanyak 1.77 juta
peluang pekerjaan dan menarik pelaburan sebanyak 19.4 bilion pelaburan.
(BERNAMA, 2015).
Pada tahun 1990, kerajaan telah
mengisytiharkan Tahun Melawat Malaysia. Usaha ini telah menunjukkan bahawa
kerajaan semakin memberikan perhatian yang serius kepada industri pelancongan
kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negara. Pada setiap tahun
bilangan pelancong yang datang ke Malaysia akan semakin meningkat. Tambahan
pula Malaysia adalah merupakan sebuah negara yang mempunyai keistimewaannya
yang tersendiri. Terdapat ramai pelancong sama ada dari luar ataupun dalam
negara memilih Malaysia sebagai destinasi pelancongan mereka.
Antara kepentingan sektor
pelancongan kepada negara Malaysia adalah, supaya kita dapat mempromosikan
tempat pelancongan yang menarik di Malaysia. Negara kita, Malaysia juga
mempunyai banyak tempat-tempat bersejarah contohnya seperti yang terletak di
negeri Melaka, Pulau Pinang dan lain-lain lagi. Tempat-tempat bersejarah ini
dapat pastinya dapat membantu setiap individu utuk memperluaskan ilmunya.
Selain daripada melancong, para pelancong juga dapat melawat kawasan atau
tempat-tempat bersejarah di negara Malaysia. Selain tempat-temat sejarah
sebagai tempat lawatan atau perlancongan, kerajaan juga ada menyediakan
persembahan, contohnya seperti di Melaka, selain daripada melihat kota
bersejarah iaitu Kota A Famosa, para pelancong juga boleh beriadah seperti
Bandar Cowboy, Dunia Binatang Safari dan Dunia Air turut disediakan. Kesemua
tempat ini adalah sesuai untuk semua golongan masyarakat tidak kira kanak-kanak
mahupun dewasa. Jelas di sini bahawa sektor pelancongan pastinya dapat
mempromosikan tempat pelancongan yang menarik di negara ini.
Selain dari mempromosikan
tempat-tempat bersejarah, sektor pelancongan juga dapat mempromosikan makanan
tempatan kita yang unik. Malaysia juga amat terkenal dengan berbagai aneka
makanan yang digemari oleh ramai pelancong. Tambahan pula, negara Malaysia
mempunyai pelbagai kaum yang berlainan dan masakan yang berbeza-beza seperti
masakan Melayu, masakan Cina dan masakan India. Negara-negara barat seperti
England Cuma mempunyai satu jenis kaedah masakan seperti kentang goring, stik
dan salad. Negara Itali pula mempunyai masakan seperti spageti, pizza dan telur
dada. Masyarakat Malaysia juga mengetahui pelbagai jenis makanan dari serata
dunia seperti yu sang, baud an char kuey teow daripada kaum Cina, manakala
rending, ketupat dan nasi lemak adalah dari kaum Melayu dan Capati, tosei atau
idli adalah dari kaum India. Masakan yang tidak pernah dirasai oleh pelancong
ini memberikan mereka rasa yang baharu dan pastinya akan menarik minat mereka
untuk mengunjungi Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa makan tempatan dapat
dipromosikan melalui sektor pelancongan.
Dengan sektor pelancongan juga,
dapat memperkenalkan dan mengembangkan isdustri kraf tangan yang terdapat di
Malaysia. Barangan krf tangan hasil buatan tangan rakyat tempatan bukan sahaja
bermutu bahkan harga yang ditawarkan amat berpatutan. Terdapat pelbagai
barangan buatan rakyat tempatan contohnya seperti kain batik, seramik, kayu,
perak kaca dan kulit Kesemuanya amat cantik dari segi reka bentuknya dan sesuai
dijadikan cenderahati kepada para pelancong. Kedatangan pelancong asing ke
Malaysia bukan sahaja dapat memajukan industri kraf tangan ke luar negara
bahkan adalah menjadi periuk nasi kepada pengusaha kraf tangan tempatan.
Industri dalam sektor pelancongan
telah membuktikan bahawa sektor ini dapat memperkenalkan budaya Malaysia yang
unik lagi istimewa kepada negara asing. Ini adalah kerana Malaysia sendiri
mempunyai penduduk yang berbilang kaun dan etnik seperti Melayu, Cina, India,
Kadazan, Murut, Iban dan lain-lain lagi. Kaum-kaum di negara ini mempunyai
adat, budaya dan cara yang berbeza dan sangat istimewa berbanding dengan
negara-negara lain dan mampu untuk menarik minat pelancong supaya melancong
dalam negara Malaysia. Ini jelas menunjukkan bahawa sektor pelancongan juga
dapat mempromosikan warisan budaya Malaysia bak kata pepatah ‘Tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek
panas’ ke serata dunia.
4.0 HALANGAN
DAN CABARAN INDUSTRI PELANCONGAN
4.1 KETIDAKSTABILAN POLITIK
Seperti yang kita sedia maklum,
kestabilan politik dalam sesebuah negara amat memainkan peranan kerana
sekiranya kestabilan politik ini tidak dapat dicapai ianya akan memberi impak
yang besar kepada negara termasuklah dari segi pelaburan, perusahaan mahupun
pelancongan. Ketidakstabilan politik akan menyebabkan pembangunan negara
menjadi perlahan dan menyebabkan prasarana untuk pelancong akan semakin
berkurang serta semua aktiviti pembangunan yang telah dirancang juga akan
terganggu.
Selain dari itu, ketidakstabilan
politik juga akan menyebabkan imej negara turut terjejas. Ramai pelancong tidak
akan melancong ke negara ini dan secara langsung mereka akan memperngaruhi
rakan-rakan yang lain. Sebagai contohnya, sekiranya rusuhan atau peperangan
berlaku dalam sesebuah negara, pastinya para pelancong akan takut untuk
melancong ke negara tersebut. Sekiranya hal ini berlanjutan dalam tempoh masa
yang lama, sudah tentu imej negara akan buruk dan terjejas. Jelaslah di sini
bahawa politik yang tidak stabil pasti membawa kesan buruk terhadap industri
pelancongan.
4.2 PERSAINGAN DENGAN NEGARA LUAR
Setiap negara tentunya mempunyai
keistimewaan yang tersendiri dan menjadi pusat tarikan masing-masing
termasuklah seperti pusat membeli-belah, aneka makanan, taman tema, keindahan
alam semulajadi dan lain-lain lagi. Justeru itu, adalah bergantung kepada
kreativiti sesebuah negara untuk mempromosikan negara masing-masing dan ianya
adalah amat penting untuk menarik para pelancong dan menjadikan Malaysia
menjadi destinasi utama pelancong. Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia haruslah
membuat persediaan yang cukup untuk menarik para pelancong untuk melancong ke
Malaysia.
4.3 PENCEMARAN ALAM SEKITAR
Alam
sekitar adalah merupakan elemen yang amat penting dalam industri pelancongan.
Hal ini adalah kerana kebanyakan pelancong ke negara ini disebabkan oleh
keindahan alam semulajadinya. Pastinya tidak bermakna sekiranya negara
mempunyai pelbagai keindahan alam yang boleh dikunjungi tetapi berlaku
pencemaran yang boleh mencacatkan keindahan tersebut dan secara langsungnya
memberi imej negatif kepada negara. Justeru itu, semua pihak seharusnya pandai
memainkan peranan masing-masing untuk menjaga kebersihan alam sekitar supaya
dapat menarik lebih ramai pelancong dan juga mengekalkan keindahan alam sekitar
dalam negara untuk kebaikan bersama.
4.4 KEBUDAYAAN TEMPATAN
Sebagai
sebuah negara Islam, di mana penduduknya berpegang kepada nilai-nilai ketimuran
dan menjaga adab sopan, kita pastinya berasa tidak senang dengan tindakan
pelancong asing yang tidak menghormati budaya negara kita apabila datang
melancong ke negara ini. Selain daripada membawa kesan buruk terhadap imej
negara, ianya juga adalah merupakan salah satu cabaran yang terpaksa dilalui
dalam industri pelancongan masa kini. Contohnya seperti di Malaysia ada berlaku
kes-kes seperti pelancong asing berjemur di pantai tanpa pakaian dan separuh
bogel. Hal sebegini adalah merupakan satu cabaran yang sukar untuk ditangani
sekiranya mereka ini tidak memahami budaya negara ini dan sengaja tidak mahu
untuk menghormati peraturan-peraturan yang telah ditetapkan di sesuatu
destinasi pelancongan kita. Setiap lokasi pelancongan di negara kita tidak kira
sama ada pantai, pulau, tempat bersejarah, tanah tinggi dan sebagainya sudah
mempunyai peraturan-peraturan yang ditulis dalam pelbagai bahasa untuk
mengingatkan setiap pelancong tentang apa yang boleh dibuat dan apa yang tidak
boleh di kawasan-kawasan pelancongan tersebut.
Oleh itu, untuk menangani isu
pelancong asing yang berkelakuan tidak bermoral ini, garis panduan untuk mereka
perlu diperkemaskan. Meskipun budaya sesetengah masyarakat negara asing agak
bercanggah dengan budaya kita, itu tidak bermakna kita terpaksa bertolak ansur
dengan apa jua perbuatan yang tidak senonoh di mata kita yang mereka lakukan
itu di negara ini.
5.0 SISTEM
SOKONGAN OLEH PIHAK KERAJAAN DAN SWASTA YANG DITAWARKAN UNTUK PEMBANGUNAN
INDUSTRI PELANCONGAN
5.1 SISTEM SOKONGAN PIHAK KERAJAAN
Dalam usaha kerajaan unutk menaik
taraf industri pelancongan, pihak kerajaan telah menubuhakan suatu Program Pelancongan
di mana di bawah program ini terdapat enam perkara iaitu Sukarelawan
Pelancongan (Voluntourism), Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), Pelancongan Pelajar,
Pelancongan Pendidikan, Agro-Pelancongan dan Pelancongan Sukan.
Selain itu, pihak kerajaan juga
mengadakan kursus seperti We Are The Host (WATH), Hotel Assist On The Go, Bot
Pelancong, Pemandu Pelancong Tahap 2, Pemandu Pelancong Tahap 3, Eco-Host
Malaysia Think Tourism, Program Latihan Terapi Spa (PLTS), TTMC & TTEC.
Tabung dan insentif juga dilaksanakan oleh kerajaan antaranya ialah Tabung
Pembangunan Infrastruktur Pelancongan, Galakan Cukai, Skim Bantuan Kebudayaan,
Skim Bimbingan Seni, Sumbangan dan Tajaan Seni dan Tabung Bantuan Seni. Kesemua
ini adalah merupakan kesungguhan piahk kerajaan dalam mempromosikan sektor
pelancongan sebagai salah satu penyumbang utama kepada pendapatan negara.
5.2 SISTEM SOKONGAN PIHAK SWASTA
Perkembangan sektor pelancongan
seperti sektor-sektor lainnya adalah bergantung kepada setakat mana pihak
swasta dapat menyambut sepenuhnya peluang yang disediakan oleh pihak kerajaan.
Dalam tindakan mereka untuk memperluaskan perniagaan dan meraih keuntungan
daripada perkembangan pelancongan, mereka perlu bertindak sepakat dan sehaluan
dengan matlamat kerajaan dalam bidang ini. Pihak swasta perlulah sentiasa
berusaha memperbaiki kemudahan-kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan
kepada pelancong-pelancong. Harga-harga bagi perkhidmatan yang dikenakan kepada
pelancong-pelancong perlulah berpatutan dan tidak dinaikkan dengan
sewenang-wenangnya hanya disebabkan oleh permintaan yang terlalu tinggi. Mereka
perlu bersama-sama menentuka supaya imej negara ini sebagai satu destinasi
pelancongan terus meningkat demi faedah mereka sendiri dan demi kepentingan
negara.
Sektor swasta juga perlu turut sama
dalam usaha tersebut agar matlamat dapat dicapai. Antara usaha sektor swasta
yang ada ialah melalui syarikat penerbangan seperti Air Asia, Fire Fly, Malindo
Air dan Rayani Air yang telah menyedian pakej tambang murah kepada para
pelancong yang ingin menggunakan perkhidmatan pegangkutan udara. Hal ini
pastinya dapat membantu kerajaan mempromosikan negara dengan meletakkan
imej-imej menarik yang terdapat di Malaysia pada badan kapal terbang untuk
menarik pelancong.
6.0 LANGKAH-LANGKAH
UNTUK MENDORONG DAN MEMBANGUNKAN INDUSTRI PELANCONGAN
Terdapat
pelbagai langkah atau cara untuk meningkatkan industri pelancongan negara.
Salah satunya ialah, kerajaan perlu memperlengkapkan kemudahan dan prasarana
pengangkutan dan perhubungan di negara ini sehinggalah menjadi prasarana kelas
pertama terutamanya destinasi yang menjadi tumpuan pelancong. Faktor utama
pelancong datang ke sesebuah negara adalah kerana kemudahan prasarana seperti
pengangkutan dan perhubungan yang terdapat di sesebuah negara. Hal ini adalah
kerana pelancong yang berkunjung ke sesebuah negara inginkan keselesaan dan
ketenangan. Oleh itu, wajar sekiranya kerajaan memperlengkapkan kemudahan
pengangkutan dan komunikasi yang ada, khususnya untuk memudahkan pelancong
sampai ke destinasi yang ingin dituju. Sebagai contohnya, para pelancong yang
datang ke Malaysia rata-rata berminat untuk menikmati keindahan pulau dan
pantai. Oleh itu, kerajaan boleh mengambil inisiatif dengan menambah kemudahan
perkhidmatan bot atau feri dari tanah besar ke beberapa pulau di sekitar Laut
China Selatan untuk memudahkan orang ramai menikmati keindahan alam semula
jadi.
Selain dari itu, kemudahan
penginapan yang selesa seperti hotel, chalet, tandas, bekalan air dan elektrik
turut menjadi factor penting dalam menarik ramai pelancong untuk mengunjungi
negara kita. Kemudahan penginapan adalah penting kerana situasi ini akan
menentukan sama ada seseorang pelancong itu akan tinggal lama ataupun
sebaliknya. Jika tempat penginapan itu selesa dan lengkap, sudah pasti ianya
dapat mendorong seseorang pelancong itu untuk tinggal lebih lama di negara ini
sekaligus membolehkan negara memperoleh lebih banyak mata wang asing. Pembinaan
hotel dan rumah penginapan yang tumbuh seperti ‘cendawan tumbuh selepas hujan’ di bandar atau di desa di seluruh
negara membuktikan kesungguhan negara dalam usaha menarik kedatangan pelancong
ke negara ini. Penyediaan kemudahan peginapan harus juga mengambil kira kadar
sewa dan taraf sesebuah hotel yang dibina itu. Masalah tandas yang terhad dan
berbau busuk selain bekalan air dan elektrik yang kerap meragam perlu diatasi.
Prasarana ini hendaklah dijaga agar pelancong tertarik untuk berkunjung lagi ke
negara ini.
Kerajaan melalui Lembaga Penggalakan
Pelancongan Malaysia (LPPM) juga wajar menyediakan maklumat lengkap tentang
sesuatu destinasi menarik yang terdapat di negara ini, khususnya di
tempat-tempat baharu yang dikenalpasti boleh menjadi tempat-tempat yang menjadi
daya tarikan yang menguntungkan.Hal ini dapat dilakukan sama ada menerusi media
cetak seperti risalah, buku, poster, majalah dan akhbar atau media elektronik
eperti radio dan televisyen.
Selain itu juga, dengan kewujudan
halaman pelancongan dalam internet adalah merupakan cara terbaik untuk
memperkenalkan Malaysia sebagai sebuah negara yang wajar dikunjungi oleh
pelancong asing. Usaha LPPM mempromosikan Malaysia dengan mengiklankan Malaysia
pada dinding 60 buah bas di kota London pada suatu ketika dahulu menandakan
usaha serius pihak terbabit dla menarik lebih banyak pelancong datang ke negara
ini. Sekiranya maklumat yang lengkap sampai ke pengetahuan pelancong, tentunya
mereka akan datang melawat negara kita pada suatu hari kelak. Pendek kata,
komitmen kerajaan dengan badan-badan tertentu dalam menyebarkan keunikan negara
ini ke peringkat global turut merancakkan perkembangan industri ini.
Langkah-langkah keselamatan juga
perlu diambil oleh kerajaan bagi menjamin kepuasan dan kesejahteraan pelancong
semasa berada di negara kita. Kita tidak seharusnya lupa dnegan gelagat
segelintir masyarakat yang mengambil kesempatan ke atas pelancong. Oleh itu,
Unit Keselamatan Pelancong perlulah ditubuhkan untuk membantu pihak polis
menangani jenayah ke atas para pelancong. Kejadian-kejadian seperti merogol,
mencabul kehormatan, menghendap, peras ugut dan lain-lain lagi harus dibendung
dengan segera. Keadaan sebegini akan memberi impak negative kepada negara dan
menyebabkan pelancong takut untuk datang ke Malaysia. Aspek keselamatan harus
dititikberatkan agar pelancong asing terus berkunjung ke negara ini.
Salah satu lagi cara untuk meningkat
industri pelancongan ialah, pelbagai aktiviti menarik haruslah diadakan oleh
pihak kerajaan dan badan-badan bukan kerajaan. Aktivit yang dimaksudkan adalah
seperti pameran kejohanan sukan bertaraf dunia termasuklah pameran Maritim dan
Udara Langkawi (LIMA), Kejohanan kereta Formula Satu dan Kejohanan Lumba
Basikal Tour de Langkawi. Kejohanan-kejohanan dan pameran ini perlu dirancang
dengan teliti agar dapat dijalankan sepanjang masa dengan promosi yang lengkap
dan meluas. Penganjuran sukan bertaraf antrabangsa dapat memperkenalkan negara
kepada perwakilan atau atlet-atlet dari luar negara seterusnya dapat menarik
kedatangan pelancong dari mseantro dunia dan seterusnya membuktikan kepada
mereka bahawa Malaysia bukan sahaja cemerlang dari segi penganjuran sukan
bertaraf antarabangsa tetapi juga terbilang dalam bidang pelancongan. Jelaslah
bahawa industri pelancongan dapat dimajukan dengan mengadakan pelbagai aktiviti
negara yang menarik.
7.0 PENUTUP
Sebagai kesimpulannya, sektor
pelancongan adalah merupakan salah satu sumber ekonomi yang amat penting dalam
negara kita. Oleh itu, kita sebagai rakyat Malaysia seharusnya menggunakan
kelebihan yang ada dalam negara ini dengan sepenuhnya supaya negara kita dapat
menjadi pusat pelancongan yang terkenal di dunia dan seterusnya membangunkan
ekonomi negara kita. Walaupun masyarakat kita terdiri daripada berbilang kaum,
kita seharusnya bersatu padu demi menjaga kepentingan tanah air tercinta kita
seperti kata pepatah, ‘bulat air kerana
pembentung, bulat manusia kerana muafakat’.
Sikap peramah dan suka membantu para pelancong harus dipupuk dalam diri
semua rakyat Malaysia kerana dengan keramahan ini haru dibuktikan melalui sikap
yang ikhlas dalam melayan tetamu yang datang ke negara kita. Sebagai contohnya,
pemandu teksi yang dianggap sebagai duta pelancongan negara haruslah bersikap
ramah, mesra dan menjauhi amalan ingin mengambil kesempatan atas kehadiran
pelancong asing bagi mengaut keuntungan dengan mudah. Rakyat perlulah
menunjukkan nilai sopan santun dan lembut bahasa kepada pelancong.
Jelaslah di sini bahawa terdapat
pelbagai cara yang dapat dilakukan untuk memajukan industri pelancongan ini.
Segala usaha yang direncanakan itu memerlukan obligasi dan komitmen yang jitu
daripada semua pihak serta perlu dijalankan secara bijaksana. Usaha ini perlu
dijalankan sevara sistematik dan tidak hanya sekadar melepaskan batuk di
tangga. Diharapkan agar industri pelancongan di negara ini akan terus
berkembang dan sentiasa meniti dari bibir ke bibir rakyat di peringkat glokal
dan global. Diharapkan juga industri pelancongan Malaysia dapat berdiri teguh
seiring dengan negara-negara pelancongan yang lain.
RUJUKAN
Buku:
Abd.
Rahman K. & Zahir A. (1993), pelancongan
Malaysia: Analisis Isi Dan Fungsi: Kuala Lumpur: Berita Publishing Sdn.
Bhd.
Laman Sesawang:
(Dicapai
pada 29/11/2016)
(Dicapai
pada 29/11/2016)
(Dicapai
pada 29/11/2016)
(Dicapai
pada 29/11/2016)