SISTEM FRANCAIS

1.0  Pengenalan
Perniagaan francais bukanlah satu perkara baru dalam dunia perniagaan kerana ia telah bertapak lama dalam dunia perdagangan, bukan sahaja di USA dan Eropah, malah ke negara-negara lain juga.

Vaughn telah mendefinisikan sistem francais adalah satu bentuk pemasaran atau pengagihan dimana sebuah syarikat induk secara lazimnya memberikan kebenaran, hak atau keistimewaan kepada seseorang individu atau sesebuah syarikat yang secara relatifnya adalah kecil untuk menjalankan perniagaan mengikut tatacara yang ditentukan untuk satu jangkamasa tertentu dan pada satu tempat yang telah ditentukan dalam proses mengedarkan barang atau perkhidmatan yang telah sedia wujud.

Bagi Persatuan Francais Antarabangsa IFA pula telah mendefinisikan sistem francais adalah satu sistem atau kaedah pengedaran. Sistem francais juga adalah satu cara yang membolehkan individu-individu yang mempunyai modal yang boleh memiliki sesuatu perniagaan. Selain itu, sistem francais adalah satu pernigaan yang boleh dikembangkan dengan sebuah organisasi yang lain yang lebih matang dan ternama Malah ianya adalah satu sistem yang akan berjaya sekiranya para francaisi diberi latihan yang secukupnya dan memahami juga mematuhi sistem-sistem dan prosedur yang telah ditetapkan oleh francaisor.

Terdapat beberapa ciri-ciri utama sistem francais antaranya ialah satu hubungan perniagaan secara kontrak di antara dua pihak iaitu pihak francaisor dan pihak francaisi yang ditubuhkan untuk mengagihkan, mengedarkan barangan atau perkhidmatan melalui “outlets” tertentu untuk jangkamasa yang telah ditentukan ataupun tidak. Ciri kedua ialah satu perjanjian dimana francaisor menganugerahkan kepada francaisi hak untuk menggunakan berbagai proses alat kelengkapan, sistem beroperasi serta nama baik francaisor di dalam mengeluarkan, menjual dan mengedarkan barangan dari jenama (trademark) perniagaan tertentu. Ciri ketiga ialah, kedua-dua pihak secara ekonominya adalah saling bergantung antara satu sama lain walaupun kedua-dua pihak adalah “business entity” yang berasingan. Berikutnya adalah pihak francaisorakan membekalkan kepakaran mengelolakan perniagaan kepada francaisi dari permulaan sehinggalah selanjutnya. Francaisor dan francaisi akan bersama-sama mengawal kualiti barangan dan prosedur beroperasi demi menjaga nama baik perniagaan mereka.

2.0  Sejarah pembangunan industri francais

.           Di Malaysia program Pembangunan Francais yang diperkenalkan pada tahun 1992 di bawah Unit Pelaksanaan dan Penyelarasan Jabatan Perdana Menteri kini merupakan salah satu sumber ekonomi negara yang mampu memberikan nilai tambah ke arah merealisasikan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9). Didorong oleh faktor kestabilan politik dan pengukuhan ekonomi negara, Malaysia dilihat berpotensi untuk membangunkan francais.Kerajaan Malaysia menyedari hakikat ini dan sedang giat memperkasakan strategi pelaksanaan untuk menjadikan francais sebagai pilihan utama usahawan yang berhasrat untuk menceburi bidang perniagaan.


Oleh yang demikian, Perbadanan Nasional Berhad, telah diberi mandat sebagai agensi di bawah Bahagian Francais dan Vendor, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD) untuk mengatur pelan pembangunan industri francais secara lebih komprehensif. Tujuh strategi utama iaitu promosi, program pakej khas, latihan  pembiayaan, pembangunan produk, jaringan strategik, pembangunan dan penyelidikan diperkenalkan.

            Menurut Awalan Abdul Aziz  (2001) Tahun 2001 telah diisytiharkan oleh kerajaan sebagai Tahun Francais. Pengisytiharan ini telah dibuat oleh Menteri Pembangunan Usahawan, Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz pada 19 Januari tahun 2000, berdasarkan cadangan oleh Penasihat Kementerian Kewangan, yang juga Penasihat Persatuan Francais Malaysia, Datuk Mustapa Mohamed ketika merumuskan hasil persidangan Francais International Malaysia 2000 pada 19 Oktober tahun 1999. Pengisytiharan ini juga menunjukkan kesinambungan komitmen kerajaan sejak hampir 10 tahun yang lalu, di dalam membangunkan usahawan, khususnya usahawan bumiputera menerusi pendekatan sistem francais.

            Antara sistem perniagaan francais yang dikaitkan dengan perniagaan restoran makanan segera di Malaysia ialah seperti Mc Donal, Pizza Hut, KFC dan sebagainya.Persatuan Francais Malaysia (MFA) juga telah ditubuhkan pada tahun 1994 untuk menyokong pelaksanaan program Kerajaan untuk menggalakkan keusahawanan melalui francais. Pembentukan MFA adalah tepat pada masanya untuk menggalakkan pembangunan francais di Malaysia.Hal ini kerana masih belum banyak lagi perniagaan francaisyang wujud daripada pihak bumiputra di Malaysia. Oleh yang demikian, MFA akan menjadi pusat sumber untuk kedua-dua francaisor dan francaisi, serta media dan orang ramai. Dengan penubuhan MFA, adalah diharapkan bahawa persekitaran yang kondusif kepada perkembangan francais di Malaysia, boleh diwujudkan.Melalui kerja-kerja jawatankuasa, MFA komited untuk meneruskan kemajuan francais di Malaysia ke dalam abad ke 21 selaras dengan Wawasan 2020.


3.0  Kepentingan industri francais

Antara sumbangan perniagaan francais kepada ekonomi negara ialah dengan merangsang pertubuhan ekonomi menerusi peningkatan aktiviti keusahawanan. Selain dapat membantu dalam pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu dalam pembangunan ekonomi, juga dapat menggalakkan perdagangan antarabangsa menerusi pakej pelantikan francaisi induk oleh francaisor tempatan, sekali gus menyumbang ke arah pemantapan pertukaran mata wang negara. Berikutnya dapat menyediakan peluang perniagaan kerana perniagaan kecil milik francaisi sangat mudah dan cepat menyumbang kepada pengambilan tenaga kerja.

Jika dilihat dari sudut ekonomi, situasi ini akan membantu merangsang lagi pertumbuhan perniagaan dengan mewujudkan usahawan-usahawan tempatan yang akan menawarkan produk yang berjenama. Melalui sistem francais juga satu transformasi kepakaran, teknologi dan idea-idea baharu akan diperoleh oleh usahawan yang akan membantu pertumbuhan ekonomi setempat. Selain itu, senario ini akan menggalakkan perdagangan antarabangsa sekali gus menyumbang kepada pertukaran mata wang negara di samping membuka peluang-peluang pekerjaan kepada penduduk setempat

Hal ini adalah kerana adanya MFA, industri francais di Malaysia telah berkembang dengan pesat hasil dorongan dari MFA dan dorongan dari pengguna domestik.Pada tahun ini, industri francais telah menyumbang sebanyak RM23.6 bilion kepada pendapatan kasar negara.Malah, industri ini bernilai melebihi RM20 bilion setahun dan masih terus berkembang. Sejak empat tahun yang lalu, ia telah meningkat pada kadar yang tetap, iaitu di antara 10 hingga 15% setahun walaupun dilanda krisis kewangan global sejak tahun 2008.Industri francais dijangka menyumbang sebanyak 2.6% kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada tahun ini. Ini telah menunjukkan peningkatan kecil berbanding sumbangan pada tahun lalu, iaitu 2.5% atau pun RM21.48 bilion kepada KDNK.

Sistem francais boleh menjadi satu aplikasi dalam projek penswastaan dengan melibatkan lebih ramai usahawan mengendalikan projek atau perniagaan berdasarkan sistem yang sama. Projek Rangkaian Hotel Seri Malaysia ialah satu contoh yang berjaya dalam kategori ini.Selain itu, sistem perniagaan francais juga memberi kebaikan kepada pengguna dan juga pertumbuhan ekonomi negara.Melalui sistem francais, pengguna dapat menikmati kemudahan produk atau perkhidmatanyang ditawarkan melalui rangkaian perniagaan yang besar dengan persekitaran yang konduktif. Di samping itu juga, pengguna akan memperoleh perkhidmatan dan kemudahan perniagaan yang moden mengikut peredaran masa.

4.0  Tahap pembangunan industri francais

Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, walaupun industri francais negara telah mencapai satu tahap yang membanggakan termasuk lahirnya jenama-jenama tempatan terkenal yang mampu berkembang ke persada antarabangsa tetapi industri tempatan masih belum berupaya sepenuhnya untuk menerokai peluang francais yang sedia ada.Oleh yang demikian, kerajaan yakin pelan yang komprehensif penting untuk diwujudkan sebagai arah tuju bagi menyelaras segala peranan, usaha dan tindakan dalam pembangunan industri francais di negara ini. Antaranya ialah usaha menggubal strategi dan pelan tindakan bagi menggariskan program dan inisiatif telah berjaya menghasilkan Pelan Induk Pembangunan Francais Nasional (PIPFN) 2012-2016 dengan matlamat dan sasaran yang jelas dan akan melibatkan serta memberi manfaat kepada golongan sasar.

PIPFN berhasrat untuk menentukan semua lapisan masyarakat; peniaga besar atau kecil-kecilan ataupun bakal usahawan diberi peluang untuk menceburi perniagaan francais.PIPFN juga bertujuan memperluaskan fokus dari sektor tradisional iaitu sektor makanan dan minuman, pakaian, kesihatan dan kecantikan kepada sektor baru yang tersenarai dalam Model Baru Ekonomi (MBE) dan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) seperti pelajaran, produk dan perkhidmatan hijau, pelancongan-kesihatan, produk dan perkhidmatan mematuhi syariah untuk menembusi pasaran Timur Tengah dan negara Islam serta negara lain yang mempunyai pasaran berpotensi. PIPFN ingin melibatkan pelbagai kumpulan sasaran termasuk Perusahaan Kecil Sederhana (PKS), belia, wanita, golongan khas (OKU), pesara dan ramai lagi.

Sebagai contoh, program seperti francais komuniti dan francais mikro berkelompok diwujudkan sebagai projek perintis bagi memperkenalkan francais mikro kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana serta komuniti luar bandar.PIPFN telah merangka tiga fasa bagi membantu memajukan industri francais dengan hasrat menjadikan Malaysia sebagai pusat francais di peringkat Asia Tenggara dan menembusi negara Timur Tengah pada tahun 2020.Fasa 1 bermula dari 2012 hingga 2014 dan melibatkan pemantapan peserta francais dan rangka kerja pembangunan francais. Fasa 2 pula bermula dari 2015 hingga 2016 dan melibatkan usaha ke arah industri dalam negeri yang dinamik dan teguh selaras dengan visi PIPFN sementara Fasa 3 bermula dari 2017 hingga 2020 dan melibatkan usaha menjadikan Malaysia sebagai pusat francais.




Oleh yang demikian, bagi memastikan industri perniagaan francais terus berdaya saing kerajaan telah merangka beberapa program pembangunan untuk membantu usahawan dan peniaga francais.Program Pembangunan Francaisor pula dilaksanakan melalui Program Pembangunan Francais Tempatan (PPFT) dan Dana Bantuan Perniagaan.Francais (DBPF) PPFT menawarkan platform untuk menukarkan perniagaan konvensional kepada perniagaan francais yang bersistematik dan sedia untuk berkembang.Melalui program ini, usahawan tempatan yang mempunyai perniagaan yang berpotensi untuk difrancaiskan boleh menukarkan perniagaan konvensional mereka kepada perniagaan francais.

5.0  Sistem sokongan industri francais

Seperti mana yang kita sedia maklum, modal bagi memulakan sesuatuperniagaan francais adalah besar, namun tidak semua orang mampu untukmenjalankan perniagaan ini walaupun mampu memberi pulangan yang lumayan.

Bagi pihak kerajaan, kerajaan telah menyediakan latihan kepada francaisor, francaisi, perunding francaisi dan masyarakat awam tempatan berkenaan francais melalui Perbadanan Nasional Berhad PNB.PNB dipertanggungjawabkan untuk menyediakan kemudahan pembiayaan serta sokongan dan khidmat nasihat terhadap perniagaan francais.

Manakala bagi pihak Persatuan Francais Malaysia (MFA), satu badan bukan kerajaan juga sering bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha untuk membangunkan industri francais tempatan dan menjadi perantara ahli-ahli MFA dari industri francais dengan kerajaan.

Sejajar dengan pelaksanaan PIPFN, pihak kerajaan telah mempercepatkan proses pendaftaran francais dengan memendekkan tempoh kepada tujuh hari bekerja dengan syarat semua dokumen dan syarat dipenuhi dengan mewujudkan satu sistem atas talian pendaftaran francais iaitu MyFEX. MyFEX direka bertujuan untuk memberikan keselesaan dan memudahkan cara untukmemproses permohonan baru lesen francais. Peruntukan juga telah disediakan untuk mempromosikan francais tempatan Malaysia melalui pelbagai program seperti Franchise Malaysia Goes Global, membangun dan mengembangkan francais mikro melalui Francais Komuniti, 1Malaysia Stesen Francais serta menyediakan kemudahan pinjaman khas untuk francais mikro, Skim Pinjaman Kecil Francais. Hal Ini adalah antara inisiatif yang telah diambil untuk menyempurnakan visi dan misi PIPFN ini.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi & Kepenggunaan KPDNKK telah menubuhkan Akademi Perbadanan Nasional Berhad (PNS), adalah untuk melahirkan usahawan francais yang mantap ilmu pengetahuannya serta mempunyai kemahiran yang tersendiri. Diantara program dibawah akademi ini adalah Program Latihan Softskill, Program Latihan Francais dan Program Kesedaran yang merangkumi forum dan perkongsian ilmu.PNS berperanan melaksana dan menjadi peneraju dalam membangunkan industri francais di Malaysia dibawah seliaan KPDNKK, termasuklah menyediakan kemudahan pembiayaann.

6.0  Cabaran dan Halangan francaisi dan francaisor

Terdapat beberapa halangan yang akan dihadapi francaisi dan francaisor dalam memulakan, menguruskan, menjalankan dan mentadbir perniagaan francais ini. Antaranya seperti berikut.

6.1  Modal yang tinggi
Pelaburan modal untuk memulaan perniagaan francais adalah sangat  besar. Hal ini, menjadikan bentuk perniagaan ini lebih eksklusif dan sukar untuk bakal usahawan menceburi bidang perniagaan ini.Kos untuk mendapatkan hak menggunakan jenama dan bantuan dari francaisor adalah tinggi. Antara kos yang perlu perlu ditanggung oleh francaisi ialah :
·         Yuran francais – Yuran ini adalah dalam satu jumlah yang besar dan tidakakan dikembalikan. Francaisi juga perlu mengeluarkan modal sendiri untuk membayar kos sewa, deposit, pembelian aset dan pengubahsuaian kedai.
·         Royalti Bulanan – Royalti dibayar mengikut peratus jualan bulanan. Francaisi perlu membayar royalti walaupun tidak memperolehi keuntungan, walaupun francaisor tidak membantu perniagaan francaisi kerana francaisi menggunakan jenama francaisor tersebut. Di Malaysia, terdapat isu berkenaan bayaran royalti ini, di mana agensi kerajaan iaitu Perbadanan Nasional Berhad (PNS) sebagai badan yang bertindak untuk francais Malaysia, telah mengarahkan supaya pembayaran royalti tidak lebih dari 5% iaitu jumlah dari jualan bulanan francaisi.
·         Yuran Iklan – Yuran iklan yang telah dibayar oleh francaisi akandigunakan oleh francaisor untuk mengiklankan jenama produk atau perkhidmatan ianya adalah bertujuan untuk menarik lebih ramai francaisi. Tetapi ianya mungkin tidak mempromosikan perniagaan francaisi tersebut.

6.2  Francaisor tidak memberikan kebebasan kepada francaisi
Untuk menjaga keseragaman, francaisor akan mengawal perniagaan francaisi. Hal ini telah menghalang francaisi untuk bebas berniaga. Berikut adalah beberapa perkara berkaitan perjanjian francais:
·         Pemilihan Lokasi – Francaisor akan memilih lokasi yang difikirkan sesuai dengan perniagaannya dan lokasi tersebut mungkin tidak sesuai dari sudut pandangan francaisi. Di dalam banyak kes, francaisi akan mencadangkan lokasi kepada francaisor. Kemudian, francaisor akan melawat lokasi tersebut dan memberi pendapatnya samaada sesuai atau tidak. Jika tidak, Francaisor akan membantu mencari kawasan yang difikirkan strategik.
·         Hiasan Dalaman & Konsep Perniagaan – Terdapat francaisor yang akan menukar hiasan dalaman dan konsep perniagaan mengikut musim. Jadi, kos renovasi dan pengubahsuaian tersebut mungkin tidak mampu untuk ditanggung oleh francaisi. Antara pekara yang selalu francaisor akan tukar adalah konsep perniagaan, uniform & sistem komputer.
·         Kawalan penjualan produk dan Perkhidmatan – Francaisor akan mengawal setiap produk dan perkhidmatan perniagaan yang dikeluarkan oleh francaisi. Oleh yang demikian, francaisi tidak boleh menjual produk atau perkhidmatan selain daripada francaisor.
·         Kawalan Dalam Menggendalikan Operasi Perniagaan – Francaisor akanmengawal waktu operasi perniagaan, uniform pekerja, iklan serta promosi dan juga prosedur perniagaan. Harga jualan juga dikawal sehingga francaisi tidak boleh memberikanpotongan harga sesuka hati kepada pelanggan. Pengedar juga perlulah dari pengedar yang diluluskan oleh francaisor, walaupun francaisi boleh mendapatkan barang dari pengedar yang lebih murah.
·         Kawalan ke atas Hak Wilayah (Territorial Rights) – Kawalan ini adalah untuk menggelakkan daripada bersaing dengan francaisi yang lain. Selain itu, ia juga bertujuan untuk menghalang francaisi membuka cawangan lain atau berpindah ke lokasi yang lain. Francaisor juga ada hak untuk menghalang francaisi membuat websitenya sendiri.

6.3  Pemilihan francaisor yang teliti
Terdapat beberpa kelemahan akta dan peraturan yang boleh menyebabkan terjadinya penipuan dan ketidakadilan kepada kedua-dua belah pihak.Kerajaan perlu membaiki kelemahan ini agar pembangunan industri francais di Malaysiatidak terjejas kemajuannya.Kelemahan-kelemahan yang ada akan memburukkan imej sistem francais sehingga dilihat sebagai sistem yang menipu dan banyak pihak yang tertipu terutamanya usahawan baharu.Keadaan ini berlaku kerana tiada dokumen zahir atau prospektus yang disediakan untuk membolehkan pemohon (bakal francaisi) mengetahui maklumat terperinci tentang francaisor dan produknya. Oleh yang demikian, perlu adanya prospektus yang lengkap untuk memberikan penerangan selengkapnya kepada francaisi tentang latar belakang francaisor, prestasi kewangan, status perundangan, potensi francais dan beberapa maklumat yang lain.

6.4  Perlu komitmen yang tinggi daripada francaisi.
Masalah akan berlaku jika francaisi tidak mempunyai pengetahuan dan persediaan yang cukup dalam melibatkan diri dalam perniagaan francais. Kegagalan berlaku adalah berpunca daripada sikap francaisi yang terlalu bergantung kepada francaisor sedangkan untuk berjaya dalam industri itu bukan satu perkara yang mudah.Francaisi bukan sahaja sekadar perlu mempunyai keupayaan untuk mengeluarkan modal semata-mata sebaliknya perlu belajar dan memahami selok-belok perniagaan yang bakal diceburi.Francaisi perlu memenuhi pengetahuan dari aspek kewangan, simpanan, komitmen, kemampuan dari mental dan fizikal, memiliki kepercayaan kepada produk serta sentiasa menjalankan penyelidikan.Francaisi juga diminta agar berusaha membangunkan sendiri pasaran perniagaannya, meningkatkan penguasaan pasaran, memaksimakan keuntungan serta bersaing dengan pesaing terdekat dalam pasaran.

6.5  Penjualan produk yang ditetapkan oleh francaisor
Penglibatan serta pengurusandari pihak francaisi dalam perniagaan francais adalah tertakluk kepada peraturan dan sistem pengoperasian perniagaan yang telah ditetapkan oleh pihak francaisor. Ini secara tidak langsung akan menyekat tahap daya kreativiti dan inovasi francaisi terutamanya dalam aspek pengendalian perniagaannya.

6.6  Penamatan dan pembaharuan kontrak
Kontrak francais akan tamat sekiranya francaisi telah melanggar perjanjian francais. Kontrak ini sah untuk tempoh masa yang telah dipersetujuikan dan tiada jaminan atas pembaharuan kontrak.
·         Penamatan Kontrak – Francaisor boleh menamatkan kontrak sekiranya francaisi gagal membayar royalti, gagal menunjukkan prestasi yang menguntungkan dan lain-lain sebab yang munasabah. Segala pelaburan francaisia akan hilang apabila kontrak tamat. Di Malaysia, setiap perjanjian francais adalah untuk 5 tahun.
·         Pembaharuan Kontrak – Pembaharuan kontrak tidak berlaku secara aotomatik. Segala terma dan syarat mungkin boleh berubah. Antaranya ialah kenaikkan kadar bayaran royalti, membuat pengubahsuaian kedai, menggurangkan hak wilayah dan kawalan atas jualan. Semua pembaharuan ini berkemungkinan untuk memberi peluang kepada francaisi lain.

7.0  Masa hadapan industri francais

Di Malaysia industri francais semakin meninggkat pertumbuhannya.Sejak kerajaan memperkenalkan konsep perniagaan secara francais di negara ini pada tahun 1992 yang telah diilhamkan oleh bekas Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berbahagia Tun Dr. Mahathir Mohamed, bilangan syarikat yang melibatkan diri dalam bidang perniagaan secara francais terus meningkat dari semasa ke semasa. Perkembangan positif ini memberikan petanda baik bukan sahaja kepada masa depan pertumbuhan ekonomi negara, malah ke arah mewujudkan kehidupan yang lebih selesa kepada para usahawan terutamanya usahawan kecil dan sederhana untuk menceburi bidang keusahawanan francais. Usaha dan komitmen yang diberikan oleh semua penggiat dalam industri francais di negara ini telah mendapat pengktirafan yang sewajarnya daripada Kerajaan. Kerajaan menjangkakan Industri francais pada tahun 2015 akan menyumbang kepada keluaran Dalam Negara kasar (KDNK) sebanyak RM26.8 bilion dan dijangka terus meningkat dengan kerjasama daripada kementerian, PNS dan Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Bila adanya program kesedaran dan pendedahan yang telah dijalankan oleh pelbagai pihak, masyarakat kini semakin berfikiran terbuka dan faham akan konsep perniagaan francais. Ini secara tidak lansung membantu dalam membangunkan modal insan dalam pemilihan industri francais sebagai pemangkin ekonomi. Kerajaan mempunyai sasaran yang tinggi untuk industri francais kerana ia menyumbang 9.4 peratus kepada Keluaran Kasar Dalam Negara (KDNK) menjelang tahun 2020 dan Malaysia muncul sebagai hab francais terkemuka di rantau ini, dengan asas yang kukuh dalam pasaran Timur Tengah. Untuk merancakkan pertumbuhan dalam industri, pelbagai program dan skim yang telah dimasukkan ke dalam program ini.

     Dengan pencapaian industri francais setakat ini, namun masih terdapat ruang untuk penambahbaikan.Secara tidak langsung, ia dapat membangunkan modal insan malah mempertingkatkan perniagaan francais tempatan.Masyarakat kini semakin celik mengenai perniagaan francais disebabkan program dan pendedahan yang dijalankan oleh kementerian.

Di samping itu, terdapat 523 jenama francais tempatan dan bilangannya semakin meningkat.Pihak kerajaan juga menerima banyak permohonan daripada syarikat-syarikat asing iaitu sebanyak 198 jenama.Sebanyak 68 peratus merupakan perniagaan yang berdaftar dengan pihak kementerian manakala bakinya iaitu 32 peratus merupakan jenama asing.

Penerimaan jenama francais Malaysia di luar negara juga semakin meningkat iaitu sebanyak 60 jenama francais tempatan di 55 negara.Jenama francais Malaysia dilihat mempunyai potensi besar dan secara tidak langsung ia dapat meningkatkan aliran wang serta eksport produk tempatan ke negara luar.industri francais di negara ini lebih belajar untuk berdikari dan berdiri sendiri serta kurang pergantungan terhadap kerajaan dalam mengawal aktiviti-aktiviti francais.

     Kerajaan telah mengenal pasti faedah yang dibawa oleh francais, lalu memperkenalkan skim kredit serta insentif cukai bagi meningkatkan industri ini. Pembentukan Pelan Rangka Perkembangan Francais Negara merupakan salah satu inisiatif untuk mempertingkatkan industri ini dengan lebih jauh. Pelan yang meliputi tempoh selama 10 tahun sehingga tahun 2020 ini telah membentuk haluan industri ini agar ia sejajar dengan agenda ekonomi negara. Selain menjamin perkembangan industri francais pada kadar optimum, ia juga menyemai pakar-pakar modal insan bagi sektor francais. Pelan rangka ini juga mengandungi rancangan untuk mengubah perniagaan melalui francais, mempertingkatkan daya saingan francais di Malaysia serta menubuhkan eko-sistem francais yang dinamik.

8.0  Kesimpulan

Selama lebih 40 tahun, tumpuan telah diberikanpada usaha mewujudkan industri francais di Malaysia.Kini, selaras dengan Agenda Pembangunan Negara telah wujud satu keperluan untuk membawa industri francais ke tahap yang lebih tinggi seterusnya menjadikan Malaysia sebagai pusat francais serantau untuk pasaran Asia Tenggara dan Timur Tengah.Perniagaan francais antara penyumbang utama bagi pertumbuhan yang pesat.Dengan rangka kerja yang betul, francais boleh menjadi pengembangan strategi yang berjaya tanpa memerlukan modal banyak. Walau bagaimanapun, untuk menjadi francais baru yang berjaya ia memerlukan pertimbangan terperinci, mengenai undang-undang yang banyak untuk mengawal selia industri francais ini.

Perniagaan francais juga mampu menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara menerusi aktiviti pembangunan usahawan serta pemindahan kepakaran, teknologi dan idea-idea baru.Pertumbuhan rangkaian perniagaan francais juga mampu meningkatkan ekonomi Negara dan menyediakan peluang pekerjaan.Sistem francais juga boleh membantu mewujudkan budaya baru di dalam menjalankan perniagaan dengan penekanan diberikan kepada aspek-aspek disiplin yang tinggi, perkhidmatan pelanggan yang berkualiti, kebersihan dan keseragaman. Pemantapan budaya perniagaan seperti ini penting bagi membolehkan perniagaan tempatan bersaing di peringkat antarabangsa

Namun demikian keputusan untuk memilih jenis perniagaan tidak boleh dilakukan tanpa mempertimbangkan beberapa faktor yang menjadi teras kepada perniagaan ini.Pakej francais juga memberi jaringan hubungan antara francaisor dengan francaisi yang saling bergantungan demi menjayakan perniagaannya.Hubungan yang harmoni di antara francaisor dan francaisi adalah satu keperluan supaya dapat mempertingkatkan produktiviti dan keseragaman produk dapat diselaraskan di setiap cawangannya.

Di samping itu, peranan kerajaan juga penting untuk mengatur semula pelaksanaan dasar industri francais. Segala inisiatif dan kemudahan yang telah disediakan ini memerlukan semua penggiat industri francais untuk bersama-sama berusaha dengan Kerajaan untuk membina industri yang kukuh dan berdaya saing serta menjadi penanda aras baru dalam dunia francais. Di samping itu, penggiat industri francais wajar menitik beratkan amalan perniagaan yang lebih beretika sama ada dengan francaisor, francaisi dan lebih-lebih lagi dengan pelanggan atau pengguna produk mereka agar Francais Malaysia akan lebih dipandang gah di mata dunia.

Rujukan


http://www.utusan.com.my/rencana/membina-negara-untuk-rakyat-1.292791diakses pada 19/11/2016 Posted on April 28, 2016 by Mohamad Najib Nor Danial in Franchise NewsUtusan Malaysia – 28 April 2016





Powered by Blogger.